Luka Modric: Dari Pelarian Perang Balkan, Kini Pemain Terbaik UEFA

Pada September 2012, sepasukan krew televisyen dari Sepanyol berkunjung ke kawasan pantai di Croatia. Kunjungan mereka ialah untuk melakukan rakaman dokumentari mengenai asal-usul Luka Modric.

Krew rakaman tersebut sempat menemubual bekas jurulatih, dan rakan sepasukan Modric di NK Zadar, kelab di mana Modric beraksi di usia remajanya. Begitu juga dengan rakan-rakan sekampung dan beberapa ahli keluarga.

Ayah kandung kepada Modric yang juga merupakan seorang askar, enggan ditemuramah walaupun mengizinkan kisah anaknya itu mendapat liputan pihak penerbit.

(Photo by Gokhan Balci/Anadolu Agency/Getty Images)

Hasilnya, sebuah dokumentari yang menarik telah dihasilkan. Tetapi siapa yang dapat menduga bagaimana perjalanan seorang anak pelarian Balkan, kini adalah kapten pasukan negaranya yang memburu gemilang di pentas tertinggi dunia.

Kampung halaman

Terletak kira-kira 60km dari sebuah pekan yang dikenali sebagai Zadar, kelihatan sebuah bangunan tinggal yang sebenarnya merupakan sebuah kompleks.

Satu masa dahulu, kompleks yang seharusnya menjadi tapak jualan pelbagai jenis hasil industri berkenaan didirikan untuk menarik pelabur dari luar, sekaligus merancakkan ekonomi kawasan luar bandar tersebut.

Malang sekali tujuan tersebut tidak pernah kesampaian, kerana pembinaan kompleks tersebut tidak pernah siap.

Dokumen pengenalan Luka Modric zaman kanak-kanak.

Bersebelahan dengan kompleks tersebut ialah sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Modrici (kata majmuk bagi Modric).

Di kampung itulah asal usul dan salasilah keluarga pemain tengah Real Madrid itu berasal.

Kemudian dari kampung tersebut, ialah sebuah jalan sempit yang menuju ke kawasan pergunungan Velebit. Ia adalah satu-satunya laluan yang menghubungkan utara dan selatan Croatia sebelum ianya dibina kembali beberapa dekad yang lalu.

Di pinggiran jalan tersebutlah, terletak rumah di mana zaman kanak-kanak Modric bermula. Di sinilah juga tempat datuk kepada Modric, yang kemudian namanya turut diturunkan kepada Modric menetap satu ketika dahulu.

Tragedi perang

Lebih dua dekad yang lalu, sepanjang kawasan kompleks, dan laluan menuju ke kawasan pergunungan Velebit ini adalah tapak peperangan. Kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Ketika Croatia mengisytiharkan kemerdekaan, penduduk tempatan Serbia menakluk kawasan tersebut dengan bantuan askar Yugoslavia bersama kumpulan nasionalis Serbia.

Salah sebuah penempatan di Croatia yang dibom oleh askar Yugoslavia. (Photo credit should read PETER NORTHALL/AFP/Getty Images)

Mereka memutuskan komunikasi dan hubungan pengangkutan ke Modrici dengan tujuan menakluki wilayah tersebut sepenuhnya.

Pada 18 Disember 1991, datuk kepada Modric yang menuju ke kawasan pergunungan dengan haiwan ternak, telah dibunuh dengan kejam, dan rumah mereka turut dibakar.

Maka kehidupan kampung yang aman damai lenyap, dan kehidupan turut berubah sejak daripada detik itu.

Pelarian perang

Luka Modric hanya berusia 6 tahun pada ketika itu. Seperti ahli keluarga lain yang terselamat, mereka yang berjaya melarikan diri menjadi pelarian dan mendapatkan perlindungan di sebuah hotel di Zadar yang dijadikan penempatan untuk mangsa perang.

Modric mungkin belum mengerti segala kekejaman dan kejahatan yang sedang berlaku di sekelilingnya pada ketika itu. Walau dalam keadaan getir sebegitu, apa yang Modric tahu ialah untuk bermain bola sepak.

Hotel yang pernah menjadi penempatan pelarian Croatia di mana Luka Modric dan keluarganya pernah menetap.

“Terdapat seorang budak yang sering menyepak bola di sekitar tempat letak kereta hotel sepanjang hari,” ujar pengerusi NK Zadar, Josip Bajlo.

“Budak tersebut sangat kurus, dan kecil jika dibandingkan dengan usianya. Melihat aksi yang ditampilkan, anda boleh tahu budak tersebut mempunyai bakat istimewa.”

“Namun tidak ada di antara kami pada ketika itu yang berani mengimpikan pada satu hari nanti budak ini akan membesar dan menjadi pemain seperti mana dirinya pada hari ini.”

“Kami sentiasa di dalam ketakutan. Itulah perkara yang paling saya ingati pada ketika itu,” tambah Tomislav Basic, juga merupakan antara jurulatih pertama yang mengendalikan NK Zadar.

REPORTAJE A MODRIC EN SU PUEBLO DE VACACIONES ZADAR

“Ribuan bom tangan yang dibaling dari kawasan pergunungan, turut pernah tersesat ke padang latihan pada ketika itu. Dan kami cuma boleh berlari untuk menyelamatkan diri.”

“Walaupun sukar, untuk sebahagian daripada kami, bola sepak ialah untuk kami lari daripada realiti sebenar yang berlaku dan hadapi setiap hari.”

Sepasang shinpad, permulaan penuh kerendahan

Pernah dikatakan tidak mampu untuk memiliki sepasang shinpad, Basic turut dikatakan membuat shinpad daripada kepingan kayu untuk kegunaan Modric.

Modric menafikan perkara tersebut, dan berkata shinpad pertama beliau mempunyai gambar Ronaldo (Brazil) di atasnya.

Newly signed Tottenham Hotspur’s football players, Mexican Giovani dos Santos (L), Croatian Luka Modric (R) and Brazilian goalkeeper Heurelho Gomes (C) pose during a photocall at their football training grounds in Chigwell, Essex, on July 29, 2008. AFP PHOTO/CARL DE SOUZA (Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Modric mungkin memiliki sepasang shinpad yang lengkap, namun beliau tidak boleh menafikan pengorbanan keluarga dan Basic untuk beliau mengejar impian di dalam bola sepak.

Selepas tamat peperangan, keluarganya tidak kembali ke kampung. Sebaliknya, mereka berpindah ke sebuah lagi hotel yang dijadikan tempat penginapan pelarian demi memastikan Modric boleh terus mengejar impiannya.

KIEV, UKRAINE – MAY 26: … of Real Madrid … during the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

“Luka tidak perlu berasa malu di mana beliau bermula, ” ujar Basic yang kini sudah bersara sepenuhnya dari bola sepak kepada krew penerbit dokumentari tersebut.

Kebangkitan Luka Modric

Basic ialah seperti ayah kepada Modric. Malah beliau adalah individu yang bertanggungjawab kepada perkembangan bola sepak peringkat awal bintang Croatia itu.

Kerana saiz badan yang kecil, Modric pernah ditolak untuk menyertai kelab bola sepak yang disokong sejak kecil, Hajduk Split.

Tomislav Basic dan Luka Modric.

Pernah berasa putus asa dan ingin berhenti bermain bola sepak selepas penolakan tersebut, Basic adalah individu yang mengembalikan keyakinan Modric sehingga pemain tersebut diterima menyertai seteru kepada Hajduk Split iaitu Dinamo Zagreb.

Ia sebenarnya adalah usaha dari Basic yang memastikan perpindahan ke Zagreb direalisasikan. Melalui perjanjian bersama Zdravko Mamic (bekas pengarah eksekutif Dinamo Zagreb), Modric dibenarkan untuk menyertai Zagreb pada usia 15 tahun.

Seperti Hajduk Split, Dinamo Zagreb turut kurang yakin dengan kemampuan Modric. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab Bosnia dan Herzegovina, Zrinkski, sebelum kembali ke Zagreb untuk menyertai Inter Zapresic.

Dua kelab yang disertai secara pinjaman, Modric membuktikan kebolehannya. Tidak teragak-agak lagi, Dinamo Zagreb mengikat Modric dengan kontrak selama 10 tahun.

Hasil pendapatan pertama bersama Dinamo, Modric membelikan sebuah unit pangasapuri di Zadar untuk keluarganya sekaligus mengakhiri status pelarian kepada keluarganya.

Kita semua tahu perjalanan Modric selepas itu. Cemerlang bersama Dinamo Zagreb dan Croatia, Modric kemudiannya menyertai Tottenham Hotspur.

Anugerah Pemain Terbaik UEFA

Anugerah pemain terbaik UEFA yang diterima baru-baru ini adalah pengiktirafan terbaik yang pernah diterima oleh Modric secara individu.

Diundi oleh 50 wartawan bola sepak terkenal eropah, dan 80 jurulatih yang tampil di pertandingan UEFA Champions League dan UEFA Europa League pada musim lalu, Modric menidakkan bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi untuk anugerah tersebut.

Menurut UEFA, anugerah yang diserahkan di majlis gala yang diadakan di Monaco itu dinilai berdasarkan pencapaian dan prestasi pemain di peringkat domestik, eropah, dan juga Piala Dunia yang lalu.

Penutup

Empat kejuaraan UEFA Champions League (UCL) bersama Real Madrid cukup untuk menjelaskan bakat istimewa pemain ini.

Tahun 2018, adalah tahun yang istimewa buat bekas pelarian Balkan ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN