Pasukan Liga Super, Selangor akhirnya melepaskan jurulatih mereka iaitu Michael Feichtenbeiner daripada jawatan itu berkuatkuasa serta merta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selangor, keputusan itu diambil atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak memandangkan jurulatih dari Jerman itu mengambil jawatan itu selepas dikosongan Karsten Nietzel.
Walaupun tidak lagi menjadi ketua jurulatih, namun Feichtenbeiner akan terus kekal dengan jawatan sebagai pengarah teknikal Selangor yang merupakan jawatan asalnya.
“Selangor FC hari ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi dan Michael Feichtenbeiner telah mencapai persetujuan bersama untuk beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Utama yang telah digalas selama setengah musim bagi memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak tahun 2020,” ujar Selangor dalam kenyataan mereka.
Buat sementara waktu, tugas sebagai ketua jurulatih akan diberikan kepada pembantu jurulatih iaitu Nidzam Jamil sehingga tamat musim 2022.
Selangor juga mengesahkan yang mereka sudah memulakan pencarian untuk mencari ketua jurulatih baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
“Pencarian Ketua Jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak Kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat. Tugas tersebut kini digalas oleh Pembantu Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai Ketua Jurulatih sementara (Interim Head Coach) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022.”
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 : 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐂. 📃
Swipe untuk baca kenyataan penuh atau layari laman rasmi https://t.co/DIuHO8Ihc5.https://t.co/UwBoRneryT#MKLK pic.twitter.com/JunAHtozE3
— Selangor FC (@selangorfc) August 9, 2022
Selangor sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa jurulatih antaranya mantan pengendali Harimau Malaya iaitu Tan Cheng Hoe.
Selain Cheng Hoe, Selangor turut dikaitkan dengan pengendali Lion City Sailors iaitu Kim Do-hoon.