TERKINI: MFL Umum Pembatalan Salah Satu Peraturan Pendaftaran Pemain Asing

Lembaga Pengarah badan pengendali Liga Malaysia (Malaysian Football League) hari ini mengumumkan mereka telah membuat keputusan untuk membatalkan peraturan 18. Pendaftaran Pemain Asing, Artikel 18.2(f), Manual Liga Malaysia iaitu ‘kelayakan negara pemain asing yang boleh didaftarkan dalam Liga Malaysia’.

Menurut kenyataan daripada MFL, peraturan itu akan berkuatkuasa mulai tahun depan setelah mereka mendapati pemilihan pemain asing dalam pasukan Liga Malaysia adalah terhad.

“Pasukan yang bertanding terbeban dengan kos untuk mengambil pemain daripada liga luar negara dari divisyen yang lebih tinggi kerana pasukan perlu menurut kelayakan yang telah ditetapkan dalam peraturan tersebut.

“Melalui pembatalan ini juga mampu membuka peluang kepada pasukan untuk membuat pelaburan dalam pengambilan pemain asing muda yang turut mampu memberi kelebihan buat pasukan dalam pasaran perpindahan pemain antarabangsa jika pasukan teliti dan mahir dalam membuat pemlihan pemain asing mereka. Peluang ini sukar untuk dilakukan sebelum pembatalan peraturan tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Pembatalan peraturan tersebut membolehkan pasukan-pasukan Liga Malaysia musim 2019 mendaftarkan pemain asing yang berkualiti dari divisyen yang lebih rendah supaya tidak terbeban dengan kos yang tinggi.

“Langkah ini juga adalah bagi menambah tahap profesionalisme pasukan Liga Malaysia di mana sesebuah pasukan professional bertanggungjawab untuk memastikan kualiti pemain asing yang didaftarkan mencapai tahap yang diperlukan dalam persaingan Liga Malaysia.

“Walaubagaimanapun, pemain asing yang hendak didaftarkan untuk bermain dalam Liga Malaysia 2019 wajib memperolehi VISA atau Permit kerja yang sah beserta Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC),” jelas kenyataan dari MFL itu.

Selain itu, pihak MFL juga amat berharap langkah pembatalan peraturan 18.2(f) ini mampu mewujudkan persaingan yang lebih kompetitif dan membantu menyelesaikan beban kos bagi setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN