Baru-baru ini, pihak Malaysia Football League (MFL) telah pun melancarkan pelan induk strategik untuk membangunkan kancah bola sepak Malaysia.
Pelan yang diberi nama sebagai NEXT50 merupakan sebuah pelan jangka panjang untuk menyuburkan bola sepak negara dalam masa 50 tahun akan datang.
Terdapat 4 perkara utama dalam pelan ini, dengan semuanya mempunyai sasaran dan strategi untuk mencapainya.
Kami akan menerangkan secara ringkas mengenai 4 perkara tersebut di bawah:
1. Untuk menjadi liga paling kompetitif di Asia dan menjadi platform untuk pasukan bertanding secara efektif di kejohanan AFC
Objektif:
- Untuk membangunkan liga kompetitif yang berkualiti tinggi dan seimbang
- Untuk menaikkan kualiti pemain profesional yang bermain dalam liga ini
- Untuk menaikkan tahap keseronokkan dalam liga
Misi:
- Memenangi kejohanan benua anjuran AFC dalam masa 15 tahun
- Menyertai FIFA Club World Cup dalam masa 20 tahun
- Mempunyai pemain import dari negara ranking 50 dan ke atas dalam FIFA yang bermain di Malaysia
Strategi:
- Meningkatkan kualiti padang
- Meningkatkan kualiti staf kejurulatihan
- Menjadi fasilitator kepada organisasi pertandingan bola sepak peringkat umur di seluruh negara
- Meningkatkan integriti dengan menentang pengaturan perlawanan, doping dan menaikkan kualiti pengadil
- Mengawal selia pelaburan terhadap padang latihan oleh para pasukan
- Mempromosikan nilai fair play dalam sukan
- Meningkatkan pengalaman bola sepak kompetitif bagi pemain profesional
- Menarik minat pemain import handalan untuk bermain di negara kita
- Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) pemain dan staf kejurulatihan setiap pasukan
- Mencipta lebih peluang kepada pemain profesional untuk mempunyai karier kedua selepas bermain bola sepak
2. Meningkatkan tahap pengurusan yang tinggi untuk memacu pembangunan bola sepak Malaysia
Objektif:
- Meningkatkan kualiti pengurusan MFL secara berterusan
- Meningkatkan struktur tadbir urus pasukan di negara ini
- Untuk merangsang pemikiran yang pasukan bola sepak seharusnya ditadbir sebagai entiti komersial
- Untuk menggalakkan pembangunan modal insan di setiap pasukan
Misi:
- Menjadikan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sebagai entiti korporat pada 2021
- Pematuhan lengkap dengan kewujudan Peraturan Kawalan Ekonomi
- Menaikkan tahap kompeten sumber manusia di semua pasukan
Strategi:
- Kelab perlu dijadikan sebagai entiti korporat dan kemudiannya diswastakan
- Menjadi fasilitator kepada pembangunan dan pendidikan modal insan di semua pasukan
- Memanfaatkan rakan perkongsian liga
- Pengenalan kepada Program Pengawalan Ekonomi (ECP)
- Mengawal selia keperluan pakar yang mempunyai pengalaman dan kelayakan di setiap pasukan
- Mewujudkan badan penasihat
3. Meletakkan penyokong dan seluruh komuniti Malaysia di bahagian terdepan dalam bola sepak profesional negara
Objektif:
- Untuk memastikan penyokong menjadi pengguna dan berhubung dengan bola sepak profesional Malaysia dalam keadaan gembira secara berterusan
- Untuk menjadikan setiap pasukan sebagai hab komuniti bagi semua penyokong
- Untuk membina rasa percaya di antara penyokong dan pasukan
Misi:
- Semua pasukan mempunyai gelanggang rasmi mereka sendiri secara tetap
- 2 juta kehadiran tetap setiap tahun bagi perlawanan liga dan juga piala menjelang 2030
- 600 ribu keahlian kelab menjelang 2040
Strategi:
- Membangunkan sistem pembelian tiket mudah alih secara cekap dan memudahkan
- Membangunkan Strategi Kampung Halaman (Hometown Strategy)
- Membina sistem keahlian pasukan untuk para penyokong
- Meningkatkan pengalaman hari perlawanan (match day experience) menerusi pelaburan lebih agresif terhadap stadium
- Meningkatkan ketelusan sejajar dengan misi mempunyai tadbir urus yang baik
4. Membesarkan nilai komersial MFL dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia
Objektif:
- Membesarkan tahap komersial pasukan
- Meningkatkan nilai komersial MFL
- Membahagikan pendapatan secara sama rata untuk membolehkan pasukan melabur semula kepada sukan
Misi:
- Menyumbang RM1 bilion hasil dari bola sepak profesional negara kepada ekonomi negara menjelang 2025
- 1 juta langganan di Saluran Bola Sepak MFL menjelang 2025
- MFL menjana keuntungan sebanyak RM200 juta menjelang 2030
Strategi:
- Pengenalan kepada panduan program pembahagian keuntungan
- Melakukan pemasaran strategik
- Pelaburan berterusan kepada infrastruktur penyiaran
- Melakukan penilaian kepuasan dan minat penyokong secara berterusan
- Menguatkan inisiatif pemasaran dan pengurusan jenama kepada penyokong
- Menaikkan tahap perkhidmatan kepada klien korporat