Griezmann Anggap Messi Sama Hebat Dengan LeBron James

Kini, satu lagi pujian diberikan kepada Lionel Messi.

Pemain baharu Barcelona, Antoine Griezmann mengatakan yang kehebatan Messi itu adalah sama seperti dengan bintang bola keranjang- LeBron James.

Bercakap ketika sesi pengenalan sebagai pemain baharu Barcelona, Griezmann mengatakan Messi adalah pemain nombor 1 dalam bola sepak.

“Saya gembira dapat berkongsi minum dengannya (Lionel Messi). Tidak saya hanya bergurau.”

“Saya cukup gembira kerana beliau adalah nombor 1. Seperti saya pilih LeBron James sebagai nombor 1 di NBA, Lionel Messi adalah yang terbaik dalam bola sepak.”

Menurut Griezmann, beliau cukup gembira kerana akhirnya dapat bermain bersama-sama Messi dalam satu pasukan.

Menurut beliau, Messi akan menjadi legenda kepada generasi akan datang.

“Beliau akan menjadi legenda kepada anak-anak dan juga cucu. Ianya cukup seronok untuk bermain di sampingnya.”

Griezmann melengkapkan perpindahan ke Barcelona dari Atletico Madrid walaupun ianya masih lagi terpalit dengan kontroversi.

Barcelona mengatakan yang mereka telah membayar segala bayaran untuk klausa perpindahan Griezmann.

Namun begitu, kelab berpengkalan di Madrid itu mengatakan yang mereka masih belum menerima sejumlah bayaran dari Barcelona pada tarikh yang ditetapkan.

Griezmann yang pada mulanya dikaitkan akan menyarung jersi bernombor 7 telah pun diberikan jersi nombor rasmi oleh Barcelona.

Beliau diberikan jersi nombor 17, sekali gus meredakan spekulasi Philippe Coutinho akan meninggalkan kelab itu pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN