MFL Lancar Pelan Induk Strategik 50 Tahun Untuk Bola Sepak Malaysia

Baru-baru ini, pihak Malaysia Football League (MFL) telah pun melancarkan pelan induk strategik untuk membangunkan kancah bola sepak Malaysia.

Pelan yang diberi nama sebagai NEXT50 merupakan sebuah pelan jangka panjang untuk menyuburkan bola sepak negara dalam masa 50 tahun akan datang.

 

Terdapat 4 perkara utama dalam pelan ini, dengan semuanya mempunyai sasaran dan strategi untuk mencapainya.

Kami akan menerangkan secara ringkas mengenai 4 perkara tersebut di bawah:

1. Untuk menjadi liga paling kompetitif di Asia dan menjadi platform untuk pasukan bertanding secara efektif di kejohanan AFC

Objektif:

  • Untuk membangunkan liga kompetitif yang berkualiti tinggi dan seimbang
  • Untuk menaikkan kualiti pemain profesional yang bermain dalam liga ini
  • Untuk menaikkan tahap keseronokkan dalam liga

Misi:

  • Memenangi kejohanan benua anjuran AFC dalam masa 15 tahun
  • Menyertai FIFA Club World Cup dalam masa 20 tahun
  • Mempunyai pemain import dari negara ranking 50 dan ke atas dalam FIFA yang bermain di Malaysia
JDT menjuarai gelaran Piala AFC pada 2015.

Strategi:

  • Meningkatkan kualiti padang
  • Meningkatkan kualiti staf kejurulatihan
  • Menjadi fasilitator kepada organisasi pertandingan bola sepak peringkat umur di seluruh negara
  • Meningkatkan integriti dengan menentang pengaturan perlawanan, doping dan menaikkan kualiti pengadil
  • Mengawal selia pelaburan terhadap padang latihan oleh para pasukan
  • Mempromosikan nilai fair play dalam sukan
  • Meningkatkan pengalaman bola sepak kompetitif bagi pemain profesional
  • Menarik minat pemain import handalan untuk bermain di negara kita
  • Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) pemain dan staf kejurulatihan setiap pasukan
  • Mencipta lebih peluang kepada pemain profesional untuk mempunyai karier kedua selepas bermain bola sepak

2. Meningkatkan tahap pengurusan yang tinggi untuk memacu pembangunan bola sepak Malaysia

Objektif:

  • Meningkatkan kualiti pengurusan MFL secara berterusan
  • Meningkatkan struktur tadbir urus pasukan di negara ini
  • Untuk merangsang pemikiran yang pasukan bola sepak seharusnya ditadbir sebagai entiti komersial
  • Untuk menggalakkan pembangunan modal insan di setiap pasukan

Misi:

  • Menjadikan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sebagai entiti korporat pada 2021
  • Pematuhan lengkap dengan kewujudan Peraturan Kawalan Ekonomi
  • Menaikkan tahap kompeten sumber manusia di semua pasukan

Strategi:

  • Kelab perlu dijadikan sebagai entiti korporat dan kemudiannya diswastakan
  • Menjadi fasilitator kepada pembangunan dan pendidikan modal insan di semua pasukan
  • Memanfaatkan rakan perkongsian liga
  • Pengenalan kepada Program Pengawalan Ekonomi (ECP)
  • Mengawal selia keperluan pakar yang mempunyai pengalaman dan kelayakan di setiap pasukan
  • Mewujudkan badan penasihat

3. Meletakkan penyokong dan seluruh komuniti Malaysia di bahagian terdepan dalam bola sepak profesional negara

Objektif:

  • Untuk memastikan penyokong menjadi pengguna dan berhubung dengan bola sepak profesional Malaysia dalam keadaan gembira secara berterusan
  • Untuk menjadikan setiap pasukan sebagai hab komuniti bagi semua penyokong
  • Untuk membina rasa percaya di antara penyokong dan pasukan
Perak
Foto: Faiq Ajmal

Misi:

  • Semua pasukan mempunyai gelanggang rasmi mereka sendiri secara tetap
  • 2 juta kehadiran tetap setiap tahun bagi perlawanan liga dan juga piala menjelang 2030
  • 600 ribu keahlian kelab menjelang 2040

Strategi:

  • Membangunkan sistem pembelian tiket mudah alih secara cekap dan memudahkan
  • Membangunkan Strategi Kampung Halaman (Hometown Strategy)
  • Membina sistem keahlian pasukan untuk para penyokong
  • Meningkatkan pengalaman hari perlawanan (match day experience) menerusi pelaburan lebih agresif terhadap stadium
  • Meningkatkan ketelusan sejajar dengan misi mempunyai tadbir urus yang baik

4. Membesarkan nilai komersial MFL dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia

Objektif:

  • Membesarkan tahap komersial pasukan
  • Meningkatkan nilai komersial MFL
  • Membahagikan pendapatan secara sama rata untuk membolehkan pasukan melabur semula kepada sukan

Misi: 

  • Menyumbang RM1 bilion hasil dari bola sepak profesional negara kepada ekonomi negara menjelang 2025
  • 1 juta langganan di Saluran Bola Sepak MFL menjelang 2025
  • MFL menjana keuntungan sebanyak RM200 juta menjelang 2030

Strategi:

  • Pengenalan kepada panduan program pembahagian keuntungan
  • Melakukan pemasaran strategik
  • Pelaburan berterusan kepada infrastruktur penyiaran
  • Melakukan penilaian kepuasan dan minat penyokong secara berterusan
  • Menguatkan inisiatif pemasaran dan pengurusan jenama kepada penyokong
  • Menaikkan tahap perkhidmatan kepada klien korporat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN