TERKINI: MFL Batalkan Slot Piala Malaysia Melaka United

Melaka United

Pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan pembatalan slot Melaka United bagi saingan PIala Malaysia 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL baru-baru ini, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira culasnya Melaka dalam membayar gaji pemain yang musim ini terpalit lagi dengan isu tunggakan bayaran.

Menurut MFL, Melaka sebenarnya telah menerima notis untuk menyelesaikan gaji pemain sehingga 20 September 2022.

Namun begitu, mereka cuma berjaya menyelesaikan pembayaran sehingga Jun 2022 sahaja.

Perkara ini memaksa MFL menerusi ahli lembaga pengarah mereka untuk menafikan slot Piala Malaysia buat Melaka pada musim ini.

“Melaka United gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan di mana mereka hanya membuat pembayaran baki tunggakan gaji sehingga Jun 2022. Selain itu mereka juga belum mendapatkan persetujuan bersama pemain dan pegawai bagi bayaran baki tunggakan gaji berkenaan.

“Maka atas sebab itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan tidak membenarkan Melaka United bertanding dalam saingan TM Piala Malaysia musim ini.

“MFL mengingatkan agar Melaka United dapat menyelesaikan baki tunggakan gaji berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen bersaing dalam Liga Malaysia 2023,” jelas MFL.

Oleh itu, satu ketetapan akan dilakukan untuk mencari pengganti Melaka dalam saingan Piala Malaysia pada musim ini.

MFL juga mendedahkan yang Sarawaka United telah berjaya melunaskan gaji tertunggak yang melanda mereka dengan bayaran dilakukan sehingga pada bulan Ogos 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN