Harry Maguire Anggap De Gea Punca Beliau Hilang Tempat Dalam Skuad Utama Man United

Harry Maguire dilaporkan kecewa dengan rakan sepasukannya, David de Gea kerana menjadi punca mengapa beliau hilang tempat dalam skuad utama Manchester United.

Bintang England itu menganggap De Gea punca mengapa persembahan beliau merosot dan menyebabkan beliau tidak lagi tersenarai dalam kesebelasan utama United di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Harry Maguire merupakan pemain yang paling teruk dikecam oleh pelbagai pihak sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau turut dipersalahkan sebagai punca mengapa skuad Manchester United melalui musim yang sangat mengecewakan pada musim lalu.

Dek kerana aksi hambar yang beliau persembahkan, ramai peminat yang mula mempersoalkan mengapa beliau masih kekal menjadi ketua pasukan Manchester United

Ditambah pula dengan kehadiran Cristiano Ronaldo pada musim lalu, semakin ramain yang percaya bahawa bintang Portugal itu selayaknya untuk menjadi ketua pasukan berbanding Maguire.

Satu hal yang pasti, kesemua mereka yang mempertikaikan keputusan kelab mengapa melantik Maguire sebagai ketua pasukan adalah kerana merasakan pemain pertahanan itu tidak cukup bagus untuk kelab.

Maguire pada musim ini masih kekal menjadi ketua pasukan dan beliau turut kerap diturunkan pada awal permulaan musim baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Man United pada ketika itu mencatatkan dua kekalahan bertemu Brighton dan Brentford dan menyebabkan mereka berada di kedudukan tercorot dalam saingan Premier League.

Dek kerana itulah Maguire digugurkan dari skuad utama United ketika aksi bertemu Liverpool pada awal musim baru-baru ini.

Keputusan Ten Hag mengetepikan Harry Maguire sepertinya membuahkan hasil selepas Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan demi kemenangan dalam saingan Premier League tanpa bintang England itu beraksi dalam kesebelasan utama meraka.

Gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez sepertinya lebih memberi impak yang positif kepada skuad Red Devils berbanding impak Maguire.

Walaupun Maguire sepertinya sudah hilang tempat dalam kesebelasan utama Man United, namun beliau tetap berjaya untuk mendapatkan tempat dalam skuad England di bawah kendalian Gareth Southgate.

Namun begitu, walau beliau mampu untuk memenangi hati Gareth Southgate, Harry Maguire sepertinya masih belum tentu mampu untuk merebut kembali tempatnya dalam kesebelasan utama Man United.

Menurut sumber laporan dari ESPN, bekas bintang Leicester City itu merasakan yang pemain-pemain lain di sekeliling beliau terutama De Gea merupakan punca utama mengapa persembahan beliau merosot.

Laporan tersebut turut menyatakan yang masalah komunikasi antara Maguire dan De Gea memainkan peranan terbesar sebalik persembahan buruk Man United pada musim lalu.

Maguire percaya komunikasi beliau dengan De Gea sangat teruk dan kerana itulah kerap berlaku salah faham dan menjejaskan persembahan mereka di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN