Manchester United mengesahkan telah memecat Jose Mourinho sebentar tadi selepas juara Inggeris 20 kali itu tewas kepada Liverpool – sekaligus menamatkan perjalanan pengendali dari Portugal itu di Old Trafford sejak 2016.
Musim ini Manchester United memulakan kempen dengan cukup buruk sehingga ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool. Kelab itu juga mulai bergelut untuk menamatkan musin berada di kelompok empat teratas liga.
United kendalian Mourinho juga hanya mencatatkan satu kemenangan dari enam perlawanan terakhir – termasuk mencatat keputusan seri menentang pasukan yang turut bergelut di kelompok bawahan seperti Southampton dan Crystal Palace.
Melalui satu kenyataan, Manchester United berkata:
“Manchester United mengumumkan bahawa Jose Mourinho telah meninggalkan kelab ini serta merta.
“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih untuk sumbangan beliau kepada Manchester United dan ingin mengucapkan selamat maju jaya.
“Pihak kelab juga akan melantik seorang pengurus secara sementara sehingga ke penghujung musim ini, sementara perlantikan dan pemilihan pengurus baharu akan dilakukan.
Manchester United has announced that Jose Mourinho has left the Club.
We would like to thank him for his work during his time at Manchester United and wish him success in the future. #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) December 18, 2018
Selama bersama Manchester United, Mourinho telah membantu kelab tersebut menjurai kejuaraan UEFA Europa League dan juga Piala Liga pada musim 2016/17. Musim lalu Manchester United kendalian Mourinho menamatkan saingan di tangga kedua dan turut layak ke perlawanan akhir Piala FA.
Sejak menggantikan Louis van Gaal, Manchester United telah membelanjakan £364.3 juta untuk lapan pemain.