Manchester United akhirnya membuka kembali langkah untuk membawa Jadon Sancho ke Old Trafford. Berita perpindahan pemain itu dari Dortmund ke Old Trafford adalah salah satu saga perpindahan yang ibarat tidak mempunyai penghujung sebelum ini.
Manchester United dilaporkan telah mengikuti perkembangan pemain itu sejak musim panas lalu, namun gagal mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund sehingga perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Menurut laporan Bild, finalis Europa League musim lalu itu mulai membuka pintu rundingan dengan bidaan pertama bernilai £60 juta kepada Dortmund.
Manchester United reached an agreement with Sancho’s camp on personal terms until 2026. Jadon is not creating any problem. 🔴 #MUFC
Negotiations now starting with Borussia Dortmund. €95m price, NO agreement yet. 🏴
Man Utd now feel Sancho ‘closer’ as @JanAageFjortoft said… https://t.co/Gvrp20xIl7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 10, 2021
Nilai tersebut bagaimanapun dijangka akan ditolak oleh kelab Jerman itu yang mempunyai kelebihan untuk memaksa rundingan terus berpanjangan.
Manchester United sebelum itu dikhabarkan telah mencapai persetujuan berkenaan terma peribadi dengan pemain tersebut.
Manchester United sebaliknya enggan dipalit malu lagi selepas gagal memuktamadkan rundingan untuk pemain tersebut sebelum ini.
Sancho kini adalah salah seorang anggota skuad England yang akan beraksi di Kejohanan Eropah (Euro 2020) bermula hujung minggu ini.
Nilai pemain itu dijangka akan terus meningkat sekiranya menyerlah bersama skuad kendalian Gareth Southgate.
BREAKING: Manchester United have agreed personal terms with Jadon Sancho on a contract until 2026!
United have also submitted an opening offer for the Dortmund winger.
HUGE NEWS! 😱https://t.co/28Cys4uEsx
— SPORTbible (@sportbible) June 10, 2021
Jadon Sancho memiliki perjanjian lisan, atau turut dikenali sebagai ‘gentleman agreement’ untuk meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Sukan kelab Bundesliga itu, Michael Zorc.
“Kami sudah ada gentleman agreement dengan Jadon [Sancho] sejak tahun lalu lagi, bahawa beliau boleh pergi dengan bersyarat,” kata Zorc.
“Beliau sudah bersama kami sejak beberapa musim lalu. Namun demiian, perjanjian sebegini tidak melubatkan Erling [Haaland].”
Zorc turut mendedahka gentleman agreement tersebut telah diaktifkan oleh Manchester United pada musim lalu, namun perpidahan pemain itu ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan selepas beberapa syarat tidak dipenuhi.
Difahamkan antara syarat yang dipinta Dortmund ialah nilai £110 juta yang enggan dipenuhi oleh United.
Sancho menampilkan peningkatan demi peningkatan sejak tiba di Jerman dari Manchester City pada 2017.
Musim ini walaupun dilanda beberapa siri kecederaan, beliau masih mampu menghasilkan 12 gol dan 18 assists.
Selama empat musim di Bundesliga, Sancho telah menjaringkan 46 gol dari 133 penampilan. Ia adalah rekod yang cukup baik untuk seorang pemain berusia 21 tahun.
Baca artikel menarik lain mengenai Jadon Sancho:
Dortmund Menyesal Tak Jual Sancho Kepada Manchester United Awal-Awal
Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo
Hanya Tinggal 1 Cara Untuk Jadon Sancho Sertai Manchester United