TERKINI: Laporte Rehat Sebulan

Manchester City telah mengesahkan Aymeric Laporte bakal tersisih sekali lagi kerana kecederaan.

Laporte yang baru sahaja kembali ke dalam pasukan selepas berehat panjang daripada kecederaan – kali ini bakal berehat untuk sebulan.

Hal ini berikutan kecederaan hamstring yang beliau alami ketika Liga Juara Juara Eropah berhadapan dengan Real Madrid.

Dalam aksi tersebut, Laporte hanya beraksi 32 minit dan digantikan dengan Fernandinho.

Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain tersebut akan berehat sekurang-kurangnya 3 minggu hingga sebulan. Beliau berkata demikian pada sidang media final Piala Carabao.

Guardiola mengakui, Laporte terdedah dengan risiko kecederaan kerana beliau terpaksa untuk menggunakan pemain itu segera, ketika beliau baru sahaja sembuh. Namun Manchester City tiada pilihan lain.

Guardiola menambah: “Kami cuba untuk mengelakkannya [menggunakan Laporte serta merta], namun ia terpaksa berlaku. Selepas pemain berehat empat atau lima bulan, dan kemudian turun dalam aksi getir, perkara seperti ini memang boleh terjadi.”

Ketiaadaan Laporte sebelum ini amat dirasai oleh Man City lebih lebih lagi pemain seperti John Stone juga kerap cedera.

City terpaksa bergantung kepada pemain veteran Nicolas Otamendi dan juga Fernandinho yang merupakan bukan bek tengah tulen.

Laporte sudah tentunya tidak akan beraksi dalam final Piala Caraboo. Dan perlawanan lain yang beliau bakal terlepas adalah aksi derbi Manchester, aksi berhadapan dengan Chelsea serta timbal balik berhadapan dengan Real Madrid dalam UCL.

Paling awal beliau dijangka kembali adalah aksi berhadapan dengan Liverpool pada April.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN