Undian UEL: Man United Jumpa Kelab Austria, Sevilla Lawan Roma, Dan ….

Undian pusingan 16 akhir Liga Europa telah pun dilangsungkan semalam. Ada beberapa perlawanan yang menarik tumpuan peminat bola sepak.

Bekas juara edisi 2016/2017, Manchester Unuted diundi berhadapan dengan LASK dalam
pusingan 16 akhir Liga Europa.

Man United akan terlebih dahulu berkunjung ke Astria untuk aksi tersebut. Pasukan LASK ketika ini merupakan pendahulu liga Austria dengan 3 mata di atas RB Salzburg.

Man United pastinya sedar bahawa Europa League boleh menjadi talian hayat terakhir mereka untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah jika gagal menempatkan diri dalam 4 teratas di carta Liga Perdanan Inggeris.

Perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada Sevilla yang akan berhadapan dengan AS Roma.

Ianya dianggap perlawanan yang sengit daripada kedua dua pasukan yang merupakan antara pasukan pilihan kali ini.

Debut Steven Gerrard bersama dengan Rangers – menyaksikan pasukan bimbingannya akan berhadapan dengan Bayer Leverkusen.

Olympiacos dijadualkan berhadapan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris sekali lagi iaitu Wolves.

Sementara itu skuad bimbingan Antonio Conte pula akan beraksi berhadapan dengan pasukan Getafe.

Satu lagi perlawanan yang tak kurang hebatnya adalah Wolfsburg yang akan turun berhadapan dengan Shaktar Donetsk.

Ini adalah undian penuh:

Perlawanan pertama Europa League pusingan 16 akhir akan berlangsung pada 13 Mac 2020. Manakala timbal balik adalah pada 20 Mac 2020.

Leave a Reply