TERKINI: JDT Umum Diaz Bukan Lagi Pemain Mereka

Sehari selepas ketua jurulatih mereka, Ulisses Morais mengumumkan perletakan jawatan kerana masalah kesihatan keluarga, juara liga super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan pemain import mereka dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan kelab itu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistairs Edwards melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers.

“Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12.00 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

“Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi.

“Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali sementara JDT, Raul Longhi berkata semua pemain dan barisan staff perlu menghormati polisi kelab. Malah beliau juga memberi amaran tiada sesiapa yang lebih besar daripada kelab.

“Saya mengambil tanggungjawab ini dengan positif walaupun sedih apabila Ulisses Morais telah tiada bersama kami. Tetapi bagaimanapun agenda dan polisi kelab harus diteruskan.

“Bukan sahaja untuk menjaga falsafah dan agenda Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi juga yang paling mustahak adalah polisi kelab JDT.

“Saya harus mengingatkan yang semua pemain termasuk barisan staf menghormati polisi kelab, dan tiada orang lebih besar daripada kelab. Itu adalah keutamaan saya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN