Terkini: Frank De Boer Dipecat Selepas 4 Perlawanan, Rekod Baru EPL!

Apa sudah jadi dengan Frank De Boer? Jurulatih yang pernah menjadi buruan kelab besar ketika beliau menguruskan Ajax beberapa musim lalu.

Sebelum ini beliau dipecat oleh Inter Milan. Selepas itu, agak mengejutkan apabila beliau menerima tawaran menguruskan Crystal Palace.

Beliau hanya menguruskan Palace selama 10 minggu. Ini merupakan pemecatan ke-2 dalam tempoh 10 bulan untuk De Boer. Sebelum ini, De Boer dilantik menggantikan Sam Allardyce yang meletakkan jawatan beliau.

De Boer dan Palace tewas dalam kesemua 4 perlawanan EPL mereka setakat ini ini di tangan Huddersfield, Liverpool, Swansea dan Burnley.

Mereka menjadi satu-satunya pasukan yang gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan pertama musim ini.

Palace dilaporkan mahu memujuk semula Sam Allardyce tetapi bekas pengurus England tersebut menolak. Kini mereka dikaitkan dengan usaha membawa seorang lagi bekas pengurus England iaitu Roy Hodgson.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Palace yakin Hodgson adalah pilihan yang tepat kerana mereka ramai pemain muda yang berbakat untuk dibangunkan.

Pemecatan De Boer ini menjadikan beliau sebagai pengurus paling cepat dipecat dalam era EPL memecahkan rekod 11 tahun Lees Reed yang dipecat Charlton pada 2006 hanya selepas 7 perlawanan.

De Boer sebelum ini berjanji akan mengubah cara permainan bola sepak di Crystal Palace. Usaha itu nampak kurang berhasil.

Dalam beberapa perlawanan, Palace masih tidak menunjukkan perubahan bola sepak klasik Inggeris mereka. Beliau hanya membawa 2 pemain secara pembelian tetap iaitu Jairo Riedewald dan Mahmadou Sakho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN