Eden Hazard Bersama Yohan Cabaye Buka Kelab Bola Sepak

Ya, memang betul. Selain mereka berdua, Moussa Sow dan Demba Ba antara pelabur yang membuka kelab North American Soccer League, San Diego.

Eden Hazard dan Yohan Cabaye memang rakan rapat sejak mereka bermain besama di Lille lagi.

San Diego dijangka beraksi dalam saingan NASL mulai 2018. Torero Stadium, University of San Diego menjadi gelanggang sementara untuk kelab selatan California itu.

Dijangka kelab itu bakal membina sebuah stadium berkapasiti 10 ribu penonton. Dilihat agak rendah dari sudut angka penonton. Barangkali pelabur lebih senang melihat stadium yang kecil tapi padat daripada besar tapi kosong.

Impian

Eden Hazard menyifatkan San Diego beruntung mempunyai penduduk yang amat cintakan bola sepak. Ia membawa faktor menjadikan San Diego dipilih untuk pelaburan.

Eden serta rakan-rakannya bangga menjadikan impian itu sebagai nyata.

Namun begitu, kelab itu masih belum ada nama. Logo pun belum diperkenalkan secara rasmi. Barangkali ada pertandingan?

Tersekat?

Dilaporkan bahawa United State Soccer Federation telah menolak lesen NASL sebagai liga bola sepak kedua Amerika Syarikat untuk 2018. Nampak gayanya pelaburan ini ada sedikit kerumitan.

Antara faktor pembatalan itu disebabkan pengurusan NASL gagal menempatkan 12 kelab. NASL kini mempunyai 8 kelab sahaja musim ini.

Dikhabarkan juga lesen Division II ini akan diberikan kepada United Soccer League (USL). Tetap berisiko NASL ini akan ditutup operasinya.

Alangkah baiknya jika NASL dan USL ini bergabung. Serta wujud promotion and relegation di liga negara Uncle Sam ini. Rasanya itu boleh menarik peminat serata dunia!

Bukan apa, konsep mereka sangat sukar difahami.

Nampaknya fenomena baru pemain bola sepak kini mahu memiliki kelab mereka sendiri. Gaji yang berjuta mereka simpan untuk karier yang berbeza pada suatu hari nanti.

Jadi, mereka tidak terhad kepada melihat potensi mereka bakal menjadi jurulatih atau pengurus sahaja.

Sumber:

  1. BBC Sports (2017): San Diego: Eden Hazard, Demba Ba, Yohan Cabaye and Moussa Sow invest in club; http://www.bbc.com/sport/football/40410825 
  2. ESPNFC (2017): US Soccer denies NASL Division 2 status for 2018; http://www.espnfc.com/north-american-soccer-league/story/3197245/us-soccer-denies-nasl-division-2-status-for-2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN