TERKINI: FAM Jual Tiket Terbuka Piala AFF 2022 Serendah RM30 Sahaja!

Piala AFF 2022

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan yang harga tiket bagi saingan Piala AFF 2022 akan diturunkan lagi harganya selepas dikecam penyokong.

Sebelum ini, mereka telah menurunkan harga tiket namun ianya tidak disenangi ramai kerana potongan harganya masih lagi mahal dan tidak banyak bezanya dengan nilai asal.

Tetapi, hari ini mereka telah memilih untuk mengurangkan harga dengan tiket bagi tempat duduk terbuka adalah RM30 untuk dewasa dan RM5 bagi kanan-kanak.

Tempat duduk dirian utama (grandstand) pula adalah RM60 dengan RM50 pula untuk tiket premium.

“Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan kepada serendah RM30.

“Selepas mengambil kira keluhan penyokong, FAM semalam telah mengumumkan untuk penurunan harga tiket asal berkenaan kepada RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 tempat duduk Premier dan RM70 tempat duduk Grandstand, namun rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih.

“Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin juga mengambil kira faktor ekonomi yang tidak baik serta sokongan padu penyokong yang mahu memberikan sokongan kepada skuad Kim Pan-gon ketika ini.

Jika jual tiket mahal-mahal waktu begini, orang tak ramai nak pergi walaupun berminat, bukan?

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan.

“Saya juga berprihatin dengan keadaan ekonomi semasa yang masih tidak stabil dan mengambil kira juga majoriti penyokong bola sepak adalah daripada golongan B40 yang mana pengurangan harga tiket kepada serendah RM30 ini diharap mampu menggalakkan lagi kehadiran penyokong ke stadium di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022,” ujar Hamidin lagi.

FAM turut mengesahkan yang tiada promosi kombo tiket kerana hanya dua perlawanan sahaja untuk peringkat kumpulan serta jarak antara dua pertemuan yang jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN