TERKINI: Atletico Madrid Tuduh Bayaran Griezmann Kurang €80 Juta

Barcelona sah mendapatkan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid dengan membayar klausa pelepasan pada pemain tersebut bernilai €120 juta ataupun sekitar £107.5 juta.

Barcelona memberikan kontrak 5 tahun kepada Griezmann dengan menyelitkan klausa pelepasan €800 juta. Ianya €100 juta lebih tinggi daripada klausa pelepasan Lionel Messi.

Berita ini juga sekaligus mengakhiri saga perpindahan yang agak panjang. Griezmann mengucapkan selamat tinggal kepada Atletico pada akhir musim lalu dengan destinasi pilihan beliau adalah Barcelona.

Sebelum ini Atletico Madrid menyatakan mereka tidak mahu berbincang dengan Barcelona untuk perbincangan perpindahan Griezmann.

Atletico menyatakan Barcelona perlu membayar klausa pelepasan sekiranya mahukan pemain tersebut. Hal ini kerana mereka kecewa dengan rundingan yang dilakukan oleh Griezmann dan kelab tersebut dilakukan sebelum jendela perpindahan dibuka – tanpa pengetahuan kelab pemilik.

Atletico kemudian meminta Griezmann melapor diri ke dalam sesi latihan. Namun pemain itu enggan.

Barcelona akhirnya membayar klausa pelepasan €120 juta yang aktif selepas 1 Julai. Klausa sebelum ini adalah €200 juta.

Griezmann dilaporkan diberikan nombor 7 oleh kelab. Sekaligus membuatkan Coutinho kini dalam status tanpa nombor – buat sementara waktu.

Namun situasinya kini Atletico Madrid enggan menerima perjanjian tersebut yang didakwa mereka tidak betul.

Atletico menyatakan Barcelona masih perlu membayar €80 juta lagi. Hal ini kerana perbincangan antara Griezmann dengan Barcelona dilakukan sebelum tarikh klausa pelepasan itu turun 1 Julai 2019.

Lantas Atletico akan membawa kes ini ke muka pengadilan kerana mereka percaya perjanjian Griezmann dilakukan pada tempoh pemain itu masih berklausa pelepasan €200 juta. Ianya dilakukan secara pintu belakang oleh Griezmann dan Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN