Quantcast

BERITA

RASMI: Barcelona Umum Perpindahan Griezmann Dari Atletico

Barcelona secara rasmi mengumumkan perpindahan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid, setelah kelab La Liga itu menjelaskan klausa perpindahan bernilai £107 juta (€120 juta).

Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemain antarabangsa Perancis itu.


Penyerang berusia 28 tahun itu dikatakan telah menandatangani kontrak selama lima tahun untuk bersama gergasi La Liga tersebut.

Griezmann menyertai Atletico dari Real Sociedad pada 2014, dan sejak daripada itu tampil dalam 256 perlawanan dan menjaringkan 133 gol untuk kelab Madrid itu.

Pemain tersebut turut menandatangani kontrak selama lima tahun pada Jun 2018 untuk kekal di Stadium Wanda Metropolitan, namun tetap memilih untuk meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini.

Perpindahan Griezmann ke Barcelona membabitkan beberapa kontroversi. Salah satu daripadanya ialah Barcelona didakwa melakukan rundingan tanpa kebenaran dari Atletico – pada ketika kelab Madrid itu sedang melalui beberapa perlawanan penting di peringkat domestik dan eropah.

Kemudiannya Barcelona didakwa cuba berdalih dengan bertindak cuba menurunkan nilai pemain tersebut – termasuk melakukan bayaran secara ansuran – yang dianggap Atletico sebagai tidak menghormati mereka.

Pemain itu turut terlibat dengan khabar angin serta spekulasi akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG) untuk membenarkan Neymar kembali ke Barcelona.