‘Terjahlah Sesuka Hatimu’ – Istimewanya Van Hau Di Mata Para Pengadil Piala AFF

Saingan separuh akhir Piala AFF 2022 pusingan pertama membabitkan antara Indonesia dan Vietnam telah pun selesai berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), dengan keputusan seri 0-0.

Pada perlawanan tersebut, kedua pasukan jelas tampil dengan corak permainan berintensiti tinggi serta banyak terjahan-terjahan keras dibuat antara satu sama lain.

Antara yang mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada pertahanan Vietnam yang sebelum itu pernah mencipta kontroversi iaitu Doan Van Hau setelah, kali ini beliau sekali lagi membuat kekasaran tidak sepatutnya kepada pemain lawan.

Van Hau sebelum itu pernah menjadi bahan kecaman penyokong bola sepak Malaysia, selepas tindakan beliau yang kasar kepada pertahanan muda, Azam Azmi Murad tidak dikenakan apa-apa oleh pengadil.

Malah, provokasi yang dicipta beliau kepada Azam juga menyaksikan pertahanan Terengganu itu terpaksa keluar padang lebih awal kerana dilayangkan kad merah kerana gagal menahan emosi.

Kali ini, dua pemain Indonesia menjadi mangsa baharu Van Hau dan sekali lagi pengadil perlawanan yang bertugas tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada pertahanan bertubuh tegap tersebut.

Untuk rekod, sebenarnya sudah lima kali aksi ganas keterlaluan yang dibuat oleh Van Hau dengan tiga daripadanya ketika menentang Malaysia di Stadium My Dinh.

Untuk aksi bertemu Indonesia, dua pemain tuan rumah telah pun menjadi mangsa Van Hau menerusi terjahan keras yang sewajarnya dilayangkan kad oleh pengadil tetapi tidak diberikan.

Segalanya bermula ketika minit ke-53 ketika Van Hau meluru untuk menerjah pemain lawan iaitu Dendy Sulistyawan sehingga aksi terpaksa dihentikan seketika selepas ada pergelutan berlaku membabitkan kedua pasukan.

Selepas itu, kontroversi sekali lagi berlaku apabila giliran pemain tengah berpengaruh Indonesia iaitu Ricky Kambuaya pula diterjah dengan sangat kasar oleh Van Hau dalam petak penalti Vietnam.

Situasi yang berlaku pada penghujung perlawanan itu jelas sangat pelik, selepas pengadil tidak memberi sepakan penalti buat tuan rumah sehingga berlaku ketidak puasan hati buat kem Indonesia.

Malah, situasi tersebut juga menghadirkan rasa hairan buat pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong mengenai mutu pengadilan bagi perlawanan tersebut.

Apa yang jelas, para pengadil yang terlibat dalam perlawanan membabitkan Vietnam setakat ini jelas begitu sayang akan Van Hau untuk tidak memberi sebarang layangan kad merah, biarpun terjahan dibuat pemain itu sangat berbahaya.

Bola sepak merupakan wadah untuk menyatukan para pemain dan penyokong, namun jika mutu pengadil masih lagi diragui, ianya tidak memberi apa-apa makna.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN