Adakah Lee Tuck Bakal Jadi Calon Utama Kesebelasan Utama Harimau Malaya?

Skuad kebangsaan bakal menghadapi saingan separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dengan Thailand menjadi lawan mereka.

Selepas menghadapi pelbagai rintangan, Malaysia berjaya melaluinya dengan begitu baik pada peringkat kumpulan dengan hanya tewas satu perlawanan sahaja.

Menerusi beberapa rombakan yang dibuat oleh Kim Pan-gon dalam skuad kebangsaan kali ini, ianya jelas menghiburkan para penyokong selepas semuanya dilihat berjalan lancar.

Muka-muka baharu yang mengisi kesebelasan utama juga sukar dijangka pasukan lawan, selepas ada yang pertama kali menyertai kem kebangsaan kali ini.

Tidak seperti musim lalu, wakil naturalisasi pada tahun ini jelas cemerlang dan berjaya menjadi tunjang utama kekuatan negara menerusi sumbangan mereka.

Untuk aksi berdepan Thailand malam ini, dijangka Pan-gon sekali lagi akan merombak barisan pemainnya dalam misi untuk mencatat kemenangan di laman sendiri.

Antara yang dijangka bakal menghiasi kesebelasan utama malam esok serta muncul selaku salah seorang tonggak utama pasukan ialah Lee Tuck.

Seperti diakui ramai, Lee Tuck merupakan seorang pemain yang sangat baik untuk beroperasi di bahagian tengah serta mencipta peluang berbahaya buat serangan pasukan.

Menerusi kualiti permainan yang ditampilkan beliau sejak beberapa tahun dalam negara selaku import, maka aksi Lee Tuck amat ditagih untuk perlawanan malam ini.

Harus diakui, Thailand merupakan antara pasukan yang sangat kuat menerusi penguasaan tengah mereka sepanjang saingan ini.

Maka, kualiti Lee Tuck pastinya ditagih Pan-gon untuk mengimbangi bahagian tengah negara dan mengelak daripada dibuli sepanjang aksi berlangsung.

Stuart Wilkin

Peledak dua gol pada perlawanan lalu ini tampil dengan sangat cemerlang ketika bertemu Singapura menerusi ketenangan serta kualiti penyudah dimiliki beliau.

Setakat ini, Wilkin sudah pun meledak tiga gol secara keseluruhan buat negara dan peranan beliau di posisi tengah pastinya akan terus digunakan oleh Pan-gon untuk mencipta gandingan bersama Lee Tuck.

Pemain tengah Sabah ini juga jelas tidak kekok untuk berpasangan bersama mana-mana pemain lain dan dilihat sangat aktif bergerak di serata arah untuk membuka ruang serta mencipta peluang gol.

Darren Lok

Sukar untuk menyatakan sebab kenapa Pan-gon akan merehatkan Darren Lok pada aksi malam ini di bangku simpanan, selepas apa yang telah disumbangkan beliau sepanjang saingan ini.

Ketiadaan Syafiq Ahmad dalam skuad kebangsaan kali ini meletakkan Darren sebagai penggempur utama buat negara dan beliau konsisten untuk membuatkan para penyokong sentiasa memberi pujian buat dirinya.

Kelebihan Darren yang bijak menggunakan kekuatan fizikal serta menekan pertahanan lawan jelas menjadi aset penting buat pasukan negara dalam mendapatkan gol.

Gandingan beliau bersama Faisal Halim serta Safawi setakat ini dilihat sangat ampuh serta mampu memberi igauan ngeri buat mana-mana pertahanan lawan dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN