‘Terima Kata Motivasi Daripada Bintang JDT’- Fayadh Lebih Yakin Sertai Latihan Harimau Malaya

Fayadh Zulkifili boleh dianggap memulakan musim 2023 beliau dalam sukan bola sepak dengan sangat positif, selepas namanya tersenarai untuk menyertai skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan tidak lama lagi.

Pemain serangan Kedah Darul Aman (Kedah) itu sebenarnya antara yang sangat menonjol sejak musim lalu lagi, dan kini kelebihannya jelas memikat kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Tampil buat pertama kali bawah kejurulatihan Kim Pan-gon, pemain lincah ini menyedari segalanya bukan mudah buat beliau untuk cuba merebut tempat dalam senarai kesebelasan utama dalam perlawanan akan datang.

Namun, Fayadh melaungkan keyakinan untuk terus memikat hati pengendali dari Korea Selatan tersebut dengan cuba memahami serta mengikuti segala kehendak diinginkan Kim dalam sesi latihan.

Malah, pemain tersebut juga menganggap segalanya bukan sesuatu yang mustahil dalam dunia bola sepak dengan keazaman serta kesungguhan perlu ditanam dalam diri, jika mahu meraih impian.

“Sememangnya teruja apabila memulakan latihan bersama skuad Harimau Malaya buat pertama kali dan ia cukup mengujakan walaupun dikelilingi oleh pemain-pemain yang berkualiti tapi itu bukan alasan untuk saya tidak menonjolkan diri.

“Di lihat kepada senarai pemain yang dipanggil, posisi saya di sayap kiri dibarisi pemain yang hebat seperti Corbin Ong, Faisal Halim, Daniel Ting dan beberapa pemain lain namun saya berusaha untuk mengikuti latihan di bawah ketua jurulatih (Pan-gon) dan memahami kehendak taktikalnya.

“Saya tidak menafikan jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang banyak membantu bagi menaikkan kembali prestasi apabila kerap diturunkan pada aksi Liga Super dan ia beri impak positif apabila memberi lebih keyakinan tatkala beraksi di padang,” katanya menerusi Arena Metro.

Pada masa sama, Fayadh mengakui beliau agak malu ketika dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan lain lebih senior ketika ini.

Namun, selepas beliau menerima kata-kata peransang daripada pemain bintang JDT iaitu Syafiq Ahmad, jelas Fayadh tampil lebih berkeyakinan untuk mengikuti sesi latihan diterapkan.

Ketika ditanya mengenai fizikal beliau yang agak kecil, Fayadh menganggap ianya bukan satu masalah, kerana pemain ini pernah berhadapan lawan jauh lebih besar serta tinggi ketika bersama Kedah.

“Daripada sudut fizikal memang akan ada cabaran kerana saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang bersaiz lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain bola sepak yang baik.

“Saya akui intensiti latihan di bawah Pan-gon cukup berbeza dengan kelab apabila jurulatih mahu lebih daripada apa yang semua pemain ada dan kami perlu lebih fokus dan memberi sepenuh perhatian terhadap modul latihan yang diterapkan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN