Sebuah Puisi Khas Mengenang Pemergian Karl-Heinz Weigang

Pemergian Karl-Heinz Weigang cukup memberikan kesan kepada bola sepak Malaysia.

Bagi penyokong Perak, beliau telah memberikan kejayaan seperti gelaran Piala Malaysia pada 1998 dan juga 2000.

Bagi penyokong bola sepak Malaysia amnya, kejayaan beliau membimbing pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 kekal menjadi antara kejayaan terulung dalam sejarah bola sepak negara.

Baru-baru ini, rakan kami di Padang Bola Sepak telah menghasilkan satu puisi yang bertajuk ‘Thank You Weigang’ (Terima Kasih Weigang).

Ini merupakan terjemahan ringkas kami untuk puisi indah ini:

“Dalam mimpi ku kelmarin,
Aku bertemu dengan guru bola sepak,
Berbincang dengan luasnya,
Mengenai keagungan sukan ini.”

“Bermula dengan niat murni,
Kemudian mendorong kepada babak pengakhiran,
Dengan semangatmu yang berkumpul,
Menjadi sebuah keazaman yang dahsyat.”

“Kerana itu maka beruntunglah permainan ini,
Untuk permainan yang mengumpulkan manusia,
Rentak pemain yang bergembira,
Yang menjadi kegembiraan pelbagai jiwa.”

“Sentiasa sabar dengan desakan menggunung,
Sentiasa menanti kita semua untuk bersedia,
Sentiasa mengajar untuk berkongsi dan mengasihani,
Sentiasa mengajar untuk selamanya percaya.”

“Kata-katanya sudah lama tertulis,
Bimbingan dan disiplinya kekal abadi,
Seluruh generasi akan mengetahui apa yang telah diberinya,
Cinta dan nilai akan tingkatkan persepi.”

“Dari benua lain tiba ke sini menjadi kebanggan kita semua,
Perbezaan budaya bola sepak berjaya disatukannya,
Tiada lain yang dimahukannya melainkan yang terbaik buat kita,
Dirinya akan sentiasa dikenang, terima kasih Weigang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN