AC Milan Tingkatkan Nilai Bidaan, €80 Juta Untuk Miliki Andrea Belotti

Adakah satu hari nanti kita akan saksikan Andrea Belotti menyarung jersi pasukan AC Milan?

Hal ini kerana, mereka benar-benar serius mahukan penyerang Torino yang dalam masa yang sama merupakan penyokong AC Milan sejak dari kecil.

Menurut laporan di Itali, AC Milan sudah bersedia menaikkan bidaan kepada €80 juta untuk membuatkan Torino berfikir masak-masak mengenai itu.

Hal ini kerana, jumlah yang ditawarkan oleh AC Milan kepada Torino itu adalah hampir saja dengan jumlah yang akan mengaktifkan klausa perpindahan Belotti iaitu €100 juta.

Namun begitu, klausa itu hanya terpakai kepada kelab di luar Itali.

Ketika ini, kedua-dua wakil AC Milan dan Torino telah pun bertemu untuk membincangkan perkara ini.

Pelan awal pembelian Belotti adalah dengan mengambil pemain tersebut secara pinjaman namun AC Milan akan membayar kepada Torino sebanyak €20 juta untuk itu.

Sementara baki €60 juta akan dibayar untuk yuran perpindahan penuh pemain itu.

AC Milan dijangka menjadi calon utama mendapatkan Belotti selepas pencabar dari England iaitu Manchester United mengalihkan tumpuan mereka kepada Alvaro Morata.

Sumber:

  1. Football Italia (2017): Milan Raise Belotti Bid To €80M; http://www.football-italia.net/104150/milan-raise-belotti-bid-%E2%82%AC80m

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN