Perak FC sudah boleh lupakan Piala FA 2022 selepas disingkir Penang FC di pusingan kedua apabila tewas 1-4, namun Yusri Che Lah masih belum selesai tugasan di liga dan penyokong diharap akan terus membantu.
Kehadiran penyokong yang dicatatkan ketika berdepan Penang adalah 3,000 lebih tetapi ia sudah cukup untuk mengembirakan pengendali, Yusri Che Lah kerana menurutnya telah ada peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini. Disamping mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir, beliau turut memohon maaf.
Ini kerana, skuad kendalianya telah tewas besar kepada Penang seterusnya gagal mara ke suku akhir Piala FA,
Piala FA: Manzoor Azwira Unggul Atasi Yusri Che Lah Dalam Pertembungan 2 Rakan Baik
“Saya teruja walaupun dengar hanya 3,000 lebih sahaja kehadiran. Tetapi bagi saya cukup besar daripada sebelumnya. Jadi, saya gembira dengan kehadiran mereka cuma saya mohon maaf dengan keputusan yang tidak mampu kami berikan kepada mereka. Bagilah saya ruang untuk memimpin para pemain dan hadirlah pada minggu hadapan kerana selepas itu kita akan kurang beraksi di laman sendiri. Kita telah banyak beraksi di pusingan pertama Liga Premier di Ipoh. Saya mohon mereka turun sekali lagi pada Sabtu.
Yusri Che Lah, sidang media pasca perlawanan menentang Penang
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 15, 2022
Perak telah cuba memberi saingan kepada Harimau Kumbang waima tanpa pemain import dan pengalaman yang cetek dek kerana usia pemain yang amat muda. Menurut Yusri, penalti yang diraih lawan di hujung aksi telah membunuh sisa kebangkitan skuad kendaliannya yang sebelum itu berhasil mendekatkan jurang gol.
The Bos Gaurus ketinggalan dua gol di babak pertama selepas Hilal El-Helwe berhasil mencetak gol di minit ke-2, sebelum jaringan sendiri oleh Aiman Yusni di minit ke-29. Namun, mereka tidak berputus asa untuk bangkit mengejar kedudukan di babak kedua. Beberapa pertukaran pemain telah memberi nafas baharu kepada Perak.
Penyerang muda, Aqil Hilman berjaya meledak jaringan pertama tuan rumah di minit ke-69 dan memberikan mereka semangat untuk terus memberi tentangan hebat. Apa yang membezakan mereka adalah pengalaman.
📹 HIGHLIGHTS: @perakfcofficial 1-4 @Penang_FC
Penang FC menempah tiket ke suku akhir hasil jaringan Hilal El-Helwe (2 gol), Adib Abdul Ra'op dan gol sendiri Aiman Khairul. Aqil Hilman menyumbang jaringan Perak FC.#PialaFA2022 pic.twitter.com/QZlWQfDyJs
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 14, 2022
“Dua gol awal masih belum membunuh perjuangan kami. Kami ‘comeback’ untuk dapatkan satu gol. Tetapi dengan jaringan penalti yang dihasilkan lawan adalah ‘turning point’ untuk saki baki perjuangan anak muda saya. Tahniah kepada pemain. Perlawanan ini sepatutnya akan membuatkan mereka lebih fokus untuk perlawanan seterusnya.
“Yang membezakan antara Perak dan Penang adalah pengalaman dan pemain import. Kita kena terima hakikat itu. Tetapi, perjuangan pemain-pemain saya yang telah berikan semampu mereka, saya kena berterima kasih. Ini kerana mereka masih terlalu muda. Walaupun sukar, tetapi kurang pengalaman telah berikan empat gol kepada pelawat.”
Yusri Che Lah tentang kekalahan kepada Penang
Perak akan berdepan UiTM FC pada Sabtu depan di halaman sendiri untuk saingan Liga Premier dan tentunya mereka tidak mahu terus terbawa-bawa dengan aura kekalahan ini untuk memburu tiga mata seterusnya.