“Terima Kasih Liverpool” – Keluarga Ronaldo Zahir Penghargaan Buat Penyokong The Reds

Cristiano Ronaldo

Peristiwa duka yang menimpa pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo jelas sekali sukar untuk diterima oleh bintang tersebut.

Baru-baru ini, Ronaldo bersama pasangannya iaitu Georgina Rodriguez ditimpa duka apabila bayi kembar yang baru dilahirkan, salah seorangnya meninggal dunia.

Kembar bayi lelaki dan bayi perempuan itu menyaksikan bayi lelaki itu meninggal sebaik saja dilahirkan.

Retentan peristiwa duka itu, Ronaldo tidak menyertai skuad United bertandang ke Anfield dalam aksi yang menyaksikan mereka tumbang 4-0.

Terima kasih Liverpool

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool mungkin ‘membelasah’ United dengan cukup hebat di dalam padang.

Tetapi, ketika di luar padang penyokong The Reds menunjukkan kelas mereka yang tersendiri.

Hal ini kerana, pada minit ketujuh perlawanan penyokong Liverpool menunjukkan solidariti kepada Ronaldo dengan menepuk tangan selama seminit.

Selain itu, laungan You’ll Never Walk Alone turut berkumandang untuk memberikan semangat kepada bintang Portugal itu.

TIndakan berkelas tinggi dari penyokong Liverpool itu tidak diendahkan oleh kelurga Ronaldo dan mereka amat menghargainya.

Kakak kepada Ronaldo iaitu Elma berkata, mereka amat menghargai apa yang dilakukan oleh penyokong Liverpool dalam usaha untuk mengembalikan semangat pemain tersebut.

“Terima kasih Liverpool, kami tak akan lupakan apa yang anda lakukan kepada kami hari ini.”

“Lebih dari sekadar bola sepak,” kata seorang lagi ahli keluarga Ronaldo iaitu Katia.

Detik indah itu jelas sekali menunjukkan yang penyokong bola sepak boleh bersatu ketika waktu sukar walaupun kita semua menyokong pasukan yang berbeza-beza.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN