“ACL Sengit Dan Standard Permainan Juga Tinggi” – Forestieri Jangka Dikawal Ketat Malam Ini

Walaupun baharu saja menyertai Johor Darul Takzim musim ini, nyata kelibat Fernando Forestieri berjaya memberi impak yang sangat bagus untuk disambut baik oleh para penyokong.

Dua gol yang diledak sepanjang dua perlawanan ACL 2022 peringkat Kumpulan I pastinya menjadikan pemain ini semakin bermotivasi dan aksinya ditagih sekali lagi untum membentuk gandingan baik bersama satu lagi penyerang, Bergson Da Silva bagi merobek gawang lawan dari Jepun, Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Menurut beliau selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan tersebut, jelas Forestieri kini bertekad untuk terus mempamerkan aksi terbaik serta memburu kemenangan ketiga agar peluang lebih terbuka buat JDT untuk mara ke pusingan seterusnya.

Penyerang lincah berusia 32 tahun itu juga sedar tugas rumit menanti beliau dan rakan sepasukan lain untuk mencatat keputusan positif biarpun beraksi di laman sendiri serta bakal mendapat sokongan ribuan para penyokong setia JDT.

Jelas Forestieri, mereka kini perlu berhadapan dengan satu lagi jaguh bola sepak Asia iaitu Kawasaki Frontale yang sedang mendahului carta J1 League setelah berhadapan dengan Ulsan Hyundai yang sebelum itu juga turut menjadi pendahulu K League 1.

Menurut bekas penyerang Udinese itu lagi, para pemain kini berada dalam motivasi ybg sangat baik dan tidak merasa tertekan setelah berjaya mencipta kemenangan pertama menentang Guangzhou FC selain mengejutkan Ulsan Hyundai untuk berdepan skuad kendalian Toru Oniki tersebut.

“Saingan ACL sememangnya sengit kerana kami berdepan kelab-kelab ternama di Asia dan standard pemainan juga tinggi. Oleh itu kami harus serius dalam setiap perlawanan yang diharungi dan memberi yang terbaik untuk cipta kemenangan.

“Ramai yang meletakkan kami bukan pasukan pilihan dalam saingan ACL. Ia jelas tidak memberi tekanan sebaliknya meningkatkan lagi motivasi kami berdepan pasukan lawan yang berstatus bintang,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, pemain kelahiran Argentina ini juga menjangkakan beliau bakal dikawal oleh pertahanan lawan dengan rapi bersama-sama Bergson setelah mempamerkan ketajaman sebelum itu dalam dua perlawanan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN