“Terima Kasih Beri Saya Peluang”- Nurshamil Ghani Sah Tinggalkan Kelantan TRW

Penyerang sensasi tempatan, Nurshamil Abd Ghani secara rasminya telah pun meninggalkan pasukan diwakilinya musim ini iaitu Kelantan The Red Warriors (TRW) dengan hala tuju beliau masih menjadi misteri bersama kelab baharu.

Berita tersebut dinyatakan sendiri oleh Nurshamil menerusi media sosial peribadi beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada Kelantan TRW kerana sudi melepaskan beliau atas persetujuan bersama.

Nurshamil yang sejak beberapa tahun lalu menjadi antara penggempur berbisa Kelantan TRW membuat keputusan pada pertengahan musim ini untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama kelab tersebut.

“Terima kasih kepada @trwkelantanfc melepaskan saya dengan persetujuan bersama. Saya doakan kelantan TRW lebih baik pada masa akan datang . Insyaallah.

“Terima kasih juga beri saya peluang dan ruang selama saya bersama pasukan kelantan TRW serta mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri dan pasukan.

“Terima kasih juga pada pengurusan Kelantan, staf kejurulatihan, rakan-rakan pasukan saya yang banyak membantu saya selama saya di sana. Walaupun ada yang pahit pasti ada manis untuk saya ingat.

“Tidak lupa juga untuk penyokong TRW yang dapat menerima saya untuk saya tabur bakti untuk negeri Kelantan . Insyaallah jupo lagi sep kito @gatehboysofficial,” jelas Nurshamil menerusi Facebook beliau.

Ketika ini, status Nurshamil bersama pasukan baharu masih lagi belum diketahui, dan pastinya ada kelab-kelab lain sudah memantau kelibat penyerang yang cukup tajam di hadapan gol tersebut.

Malah rekod cemerlang yang dimiliki Nurshamil sebagai antara penjaring terbanyak musim lalu dalam aksi Liga Premier juga menjadi kekuatan terbaik untuk beliau dipikat pasukan-pasukan lain selepas ini.

Sebelum itu, timbul isu membabitkan Nurshamil bersama pengurusan Kelantan TRW selepas beliau diminta membuat pembayaran sebanyak RM50,000 jika ingin keluar daripada kelab tersebut.

Pengurusan Kelantan ‘Buka Mulut’ Isu Tuntutan RM50,000 Kepada Nurshamil Ghani

Namun, Nurshamil dilihat telah bertemu wakil daripada Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berlaku.

Malah, pengurusan Kelantan TRW juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjawab dakwaan tersebut dengan alasan tersendiri mengapa pembayaran RM50,000 dituntut kepada Nurshamil.

Tanpa kelibat Nurshamil, menyaksikan Kelantan TRW kini terus kehilangan pemain-pemain utama musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan bakal memberi tumpuan kepada bintang muda mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN