‘Terima Kasih Atas Segalanya’ – Pau Marti Tak Wajar Dipersalahkan

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pau Marti Vicente secara rasminya kini tidak lagi akan bersama skuad kebangsaan, selepas tugasan beliau selaku jurulatih utama Malaysia sudah pun berakhir semalam di saingan Asean Championship 2024.

Ini berlaku apabila Malaysia sekadar terikat seri tanpa jaringan ketika aksi keempat mereka dalam saingan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jika dilihat daripada segi percaturan, segalanya berjalan dengan sangat lancar buat Pau Marti kepada para pemain di atas padang menerusi penguasaan bola serta peluang mencipta jaringan.

Namun, nasib tidak menyebelahi beliau dan Harimau Malaya apabila 20 percubaan dilepaskan mereka sepanjang tempoh perlawanan berlangsung gagal diterjemahkan dalam bentuk gol.

Malah, tidak segan untuk kami menyatakan ia antara aksi terbaik dipamerkan oleh Harimau Malaya sepanjang mengharungi kejohanan tersebut walau pelbagai cabaran besar melanda mereka.

Seperti diketahui ramai, Pau Marti mungkin menjadi antara jurulatih Malaysia paling tidak bernasib baik pada kejohanan ini setelah beliau tidak berpeluang menggunakan barisan pemain terbaik Harimau Malaya.

Ini kerana, kelab tidak dapat melepaskan pemain mereka kerana kejohanan Asean Championship dilakukan pada luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewajibkan wira Malaysia beraksi di pentas antarabangsa.

Maka, Pau Marti hanya menyenaraikan beberapa pemain utama selain menggunakan ramai muka-muka baharu serta muda yang buat pertama kali menyarung jersi Harimau Malaya.

Selain itu, beliau juga dihantui dengan isu kecederaan menimpa pemain selain ada yang turut dipanggil kembali oleh kelab untuk mengharungi perlawanan domestik.

Selaku jurulatih utama, ianya jelas suatu cabaran yang sangat sukar selain tekanan dan harapan tinggi turut diletakkan oleh peminat yang mahu melihat kejayaan Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut meletakkan sasaran untuk Malaysia sebenarnya layak ke pentas akhir yang sedikit sebanyak mungkin memberi kesan serta tekanan buat Pau Marti.

Namun akhirnya, pengendali itu tetap menjalankan tanggungjawab beliau sehingga ke penamat walaupun Harimau Malaya terkandas serta pulang awal daripada kejohanan tersebut.

Apapun, terima kasih kami ucapkan kepada Pau Marti yang tetap berusaha dengan segalanya serba terhad untuk memastikan kelancaran Malaysia dalam saingan Asean Championship pada musim ini.

Foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN