Malaysia ‘Pulang Awal’ Setelah Tumpul Hadapi Cabaran Singapura

Malaysia gagal untuk melayakkan diri mereka ke pusingan separuh akhir Asean Championship 2024, selepas mereka sekadar mencipta keputusan seri tanpa jaringan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Awal permainan menyaksikan Malaysia terlebih dahulu memberi tekanan kepada pelawat menerusi beberapa gerakan dalam usaha mendapatkan jaringan awal.

Namun, pertahanan Singapura juga tampil berdisiplin selain ketenangan Izwan Mahbud di posisi penjaga gol berdisiplin menyelamatkan keadaan.

Sesekali pelawat tampil dengan ancaman menerusi siri serangan balas pantas dan hampir mencemaskan seketika kem pertahanan Harimau Malaya menerusi gerakan berbahaya.

Memasuki 30 minit, masih tiada sebarang gol terhasil walaupun jelas skuad kendalian Pau Marti Vicente jelas menguasai permainan selain banyak percubaan-percubaan menarik terhasil.

Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia terus memberi tekanan tinggi ke arah lawan dalam usaha mendapatkan gol sulung termasuk satu percubaan jarak jauh menarik daripada pemain naturalisasi dari Brazil, Endrick dos Santos.

Walaupun menguasai permainan, jelas Harimau Malaya masih tumpul untuk mendapatkan gol sulunh perlawanan sehingga Paulo Josue dibawa masuk pada minit ke-57.

Memasuki penghujung perlawanan, Malaysia terus tertekan untuk meraih gol sulung walaupun mempunyai lambakan peluang untuk memilikinya sejak di separuh masa pertama.

Keputusan kekal tamat dengan Harimau Malaya pulang dengan lebih awal pada saingan Asean Championship musim ini setelah terikat seri 0-0 ketika berdepan Singapura.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Muhammad Haziq Bin Nadzli (Penjaga Gol), Mohamed Syamer Bin Kutty Abba (Kapten), Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Daniel Sang Ting, Jimmy Raymond, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Haqimi Azim Bin Rosli, Stuart John Wilkin, Endrick dos Santos Parafita, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Harith Haiqal Bin Adam Afkar

Singapura: Mohamad Izwan Bin Mahmud (Penjaga Gol), Muhammad Safuwan Bin Baharudin (Kapten), Mohammad Irfan Bin Mohammad Najeeb, Muhammad Nazrul Bin Ahmad Nazari, Muhammad Amirul Adli Bin Azmi, Nur Muhammad Shah Bin Shahiran, Shahdan Bin Sulaiman, Muhammad Faris Bin Ramli, Lionel Tan Han Wei, Muhammad Hami Syahin Bin Said, Abdul Rasaq Ishiekwene Akeem

Foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN