Liga Bola Sepak England digemparkan sekali lagi dengan perjanjian bawah meja, kali ini melibatkan Gary Monk. Beberapa tahun lalu, Sam Allardyce kehilangan jawatan di England selepas ‘kantoi’ melakukan perjanjian sedemikian rupa.
Pengerusi Kelab Teeside itu – Steve Gibson – mendedahkan bahawa Gary Monk mengadakan rundingan bawah meja dengan ejen pemain, James Featherstone – yang juga merupakan ejen Gary Monk sendiri. Ia sekaligus melanggar intergriti serta dasar profesional kelab tersebut.
Monk dilantik menjadi pengurus Middlesbrough pada Jun 2017.
Gary Monk sah ke Middlesbrough.#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/TzrXsqKawl
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 10, 2017
Middlesbrough menyatakan mereka mendapat tahu bahawa Gary Monk telah sengaja ‘mengkayakan’ Featherstone dalam urusan pembelian Cyrus Christie, Ashley Fletcher, Ryan Shotton dan Marvin Johnson. Dan pecahan daripada bayaran kepadan ejen tersebut disyaki ‘dihadiahkan’ semula kepada Gary Monk.
CEO Middlesbrough, Xuandong Ren tidak mahu Gary Monk ataupun Feathersone terlibat dalam sebarang urusan perpindahan ataupun perniagaan kelab tersebut.
Kali pertama Middlesbrough berurusan dengan Featherstone adalah ketika pembelian Cyrus Christie dari Derby. Alasan Monk ketika itu adalah kerana Christie dalam senarai pemain beliau mahukan.
Featherstone mendapat 5% daripada pernjanjian itu. Boro ketika itu memberikan valuasi pemain itu sektiar £2.4 juta. Namun Monk telah memujuk kelab agar menerima permintaan £3.3 juta seperti yang diminta Featherstone.
Seterusnya, Middlesbrough mendapati ada sesuatu yang tidak kena ketika perpindahan Ashlet Fletcher. Di mana kelab itu terpaksa berbelanja £9.5 juta – mendapatkan pemain itu dari West Ham.
Monk pada awalnya menyatakan pemain itu hanya £4 juta. Namun kelab merasakan Monk sengaja melengahkan usaha mendapatkan pemain itu lebih awal.
6 bulan selepas itu, kelab cuba membantu Monk mendapatkan Fletcher. Tetapi kali ini dengan harga sekitar £9.5 juta, lebih 2 kali ganda daripada 6 bulan sebelum ini.
Monk dan Featherstone menyatakan nilai pemain tersebut telah meningkat. Middlesbrough terpaksa membayar kerana sudah melakukan perjanjian pra-kontrak dengan pemain itu dan West Ham – beberapa bulan sebelum itu.
Middlesbrough merasakan Monk sengaja menunggu pemain tersebut naik nilai terlebih dahulu berdasarkan graf potensi pemain itu.
Selepas melihat ada perkara tak kena, Middlesbrough telah menghubungi Featherstone secara peribadi agar ejen tersebut tidak lagi berurusan secara terus dengan Monk.
Walaupun beberapa kali diberikan amaran, Featherstone tidak mengendahkannya. Ini kerana beliau menggunakan alasan beliau hanyalah ejen bola sepak. Dan tiada polisi serta ketetapan peraturan yang mampu menghalang beliau. Lagipun Middlesbrough tidak dapat membuktikan beliau bersalah.
Kemudiannya, Gary Monk telah meminta agar kelab mendapatkan Ryan Shotton. Monk menolak beberapa pemain yang dicadangkan oleh bahagian rekrut kelab.
Hanta selepas 1 perlawanan Shotton beraksi pada September 2017. Gary Monk pula dipecat, 3 bulan selepas pembelian Shotton.
Middlesbrough Football Club have parted company with manager Garry Monk.
Club statement ➡️ https://t.co/dww8Eo4xty pic.twitter.com/C7p9CS6B5m
— Middlesbrough FC (@Boro) December 23, 2017
Middlesbrough juga merasakan Monk sebagai pengurus patut lebih transparen dalam urusan perpindahan dan juga dalam isu senarai pemain sasaran.
Dear @garrymonk, if you need somewhere to lie low for a bit, may we humbly recommend our beautiful #CrowboroughCaves
Middlesbrough's new bombshell accusations at Garry Monk https://t.co/KerNLWSswL
— Crowborough Caves (@CrowboroughCave) July 5, 2019
Pihak kelab menuduh Gary Monk dan Featherstone telah memberikan kerosakan serius kepada kelab dengan melanggar undang-undang. Gary Monk diberikan kuasa dalam urusan jual beli pemain – atas permintaan beliau ketika rundingan kontrak.
Dan ketika Monk meninggalkan pejabatnya di Middlsebrough, ‘hard disk’ komputer riba beliau telah dikosongkan [format] – membuatkan kelab sukar untuk mendapatkan beberapa salinan dokumen digital dan dokumen lain berkaitan.
Middlesbrough menyatakan mereka sentiasa akan cuba memastikan segala urusan perniagaan kelab dilakukan dengan pengetahuan mereka.
Walaubagaimanapun, kita semua menunggu respon daripada Gary Monk tentang perkara ini. Kenyataan Middlesbrough ini pastinya akan diambil serius oleh FA England.