Persembahan Cemerlang Haziq Nadzli Nafikan 3 Mata Buat Terengganu Di Minit Akhir Permainan

Perlawanan Terengganu VS JDT  di Kuala Terengganu menyaksikan skuad JDT tidak menurunkan sebarang pemain import mereka.

JDT hampir mendapatkan gol awal di minit ke-2 selepas hantaran Azammuddin Akil hampir menemui Darren Lok namun kegugupan beliau menyebab bola tidak berjaya dikawal dengan baik.

Pasukan pelawat terus menerus mengancam dengan Azammuddin hampir menjaringkan gol namun percubaan beliau sipi melewati tepi tiang.

Terengganu juga cuba untuk menguji JDT dengan percubaan Azi Shahril Azmi dari luar kotak lemah terus ke dakapan Haziq Nadzli.

Tuan rumah hampir saja mendapatkan gol pendahuluan selepas Tchetche Hermann Price melakukan percubaan selepas mengambil kesempatan diatas kegugupan pertahanan JDT, namun rembatannya disekat pertahanan.

Faiz Nasir nyata memberikan masalah kepada pasukan JDT apabila gerakan beliau sering memberikan masalah kepada JDT.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Perlawanan ini boleh dikatakan agak seimbang diantara kedua-dua pasukan. Tiada aksi yang terlalu dominan dari satu-satu pasukan.

Price sekali lagi cuba untuk melakukan percubaan, kali ini dari luar kotak penalti namun percubaannya lemah.

J. Parthiban mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun rembatan kali pertama beliau melambung tinggi.

TIANG! Percubaan Nazmi Faiz untuk menjaringkan gol terkena tiang selepas beliau berjaya mengukum kesilapan Gabriel Davis namun rembatannya terkena tiang.

JDT terus mendapat percubaan lagi kali ini menerusi Azammuddin namun rembatannya terus kepada Suffian Rahman.

Rembatan dari Darren Lok cukup baik dan cukup kemas namun Suffian berjaya menepis bola itu keluar untuk sepakan penjuru.

Tandukan Junior Eldstal dari situasi sepakan penjuru pula melambung tinggi keluar.

TIANG LAGI! Percubaan Price pula terkena tiang dan hampir sahaja masuk ke dalam gol apabila bola melantun ke belakang Haziq namun mujur beliau pantas menangkap bola itu.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan yang seimbang dari segi percubaan juga perlawanan yang fizikal apabila banyak pertarungan fizikal terhasil.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua menyaksikan JDT memasukkan Azrif Nasrulhaq untuk menggantikan Shakir Shaari di separuh masa.

Rembatan Hasbullah Abu Bakar dari luar kotak penalti hampir saja menemui jaring namun sedikit tersasar.

Percubaan Azammuddin hampir saja memberikan gol namun teknik rembatan beliau tidak begitu baik menyebabkan bola itu terkeluar.

Pertahanan Terengganu sedikit longgar di awal separuh masa kedua, mereka seolah membiarkan JDT menyerang kubu mereka.

Kelam kabut dihadapan pintu gol JDT hampir memberikan gol pendahuluan kepada Terengganu namun Haziq berjaya menangkap kemas bola.

Gerakan menarik Terengganu berjaya membawa kekacauan kepada pertahanan JDT akan tetapi rembatan Firdaus Faudzi tersasar.

Suasana sedikit tegang apabila penyokong-penyokong tuan rumah berang selepas pengadil tidak memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Azrif.

Sedang dalam kekecohan, Safawi Rasid cuba menjaringkan gol namun bola tersasar.

Hampir! Price berjaya memasuki kawasan penalti JDT namun rembatan beliau sedikit tersasar dari pintu gol JDT.

Separuh masa kedua ini lebih perlahan berbanding separuh masa pertama dari segi tempo. Namun kedua-dua pasukan masih lagi berusaha mencari gol.

Safawi hampir menjaringkan gol dari jarak 4 meter namun percubaan beliau tidak begitu baik dan mudah Suffian menangkap bola.

Percubaan Davis merupakan percubaan yang baik, namun rembatan beliau leret dan terus ke dakapan Haziq.

Tandukan lambung dari Ridzuan Abdunloh tidak begitu baik apabila tersasar dari sasaran dan terus keluar dari kawasan permainan.

HAMPIR GOL! JDT hampir dibolosi di masa kecederaan apabila tandukan dari pemain Terengganu berjaya ditampan oleh Haziq sebanyak 2 kali!

Tamat perlawanan, terdapat sedikit kekecohan apabila pemain JDT dan Terengganu bergaduh namun berjaya dikawal oleh pengadil.

Perlawanan ini walaupun tiada jaringan dihasilkan, namun ia menghasilkan permainan yang menghiburkan oleh kedua-dua pasukan.

Tamat perlawanan, Terengganu 0-0 JDT.

Kesebelasan utama

Terengganu: Suffian Rahman (penjaga gol), Lazaro Martin (ketua pasukan), Firdaus Faudzi, Tchetche Hermann Brice , Gabriel Davis, J. Parthiban (Ridzuan Abdunloh), Hafizal Mohammad, Haniff Johan, Azi Shahril Azmi, Faiz Nasir, Issey Nakajima-Farran (Ferris Daniel)

JDT: Haziq Nadzli (penjaga g0l), Hasbullah Abu Bakar, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan (ketua pasukan), Junior Eldstal, Shakir Shaari (Azrif Nasrulhaq), Amirulhadi Zainal, Nazmi Faiz Mansor, Darren Lok (Hazwan Bakri), Safawi Rasid, Azammuddin Akil (S. Chanturu)

Pegawai perlawanan

    • Pengadil: Fairuzi Mat Desa
    • Pembantu pengadil 1: Azman Ismail
    • Pembantu pengadil 2: Juhairi Idris
    • Pengadil ke-4: Hamdan Awang

Kepada penyokong-penyokong Terengganu Darul Iman!

Anda boleh mendapatkan jersi Terengganu 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi pasukan hoki Terengganu musim 2017!

Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN