PKNP FC Bangkit ‘Ikat’ Tok Gajah Di Ipoh

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC berjaya bangkit bagi mengikat pasukan dari Liga Super, Pahang 1-1 dalam aksi kumpulan A Piala Malaysia 2017 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Separuh masa pertama

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai aksi babak pertama buat kedua-dua pasukan.

Gerakan-gerakan menarik yang dicipta PKNP FC dan Pahang juga tidak membuahkan hasil akibat penyudah tumpul.

Percubaan tepat yang pertama muncul pada minit ke-24 apabila pemain import dari Brazil, Gilberto Valdenesio berjaya melakukan ‘cut back’ menarik dalam kotak penalti bagi mengumpan kepada Shahrel Fikri yang tidak dikawal.

Namun percubaan yang dilakukan Shahrel berjaya ditepis keluar oleh Wan Azraei di gawang Pahang.

Ketika permainan babak pertama hampir ditamatkan Matheu Alves yang menerima bola di luar kotak penalti melakukan rembatan terus ke pintu gol PKNP FC namun Ahmad Asyraaf Omar menangkap kemas percubaan tersebut.

Saingan babak pertama terikat dengan tanpa jaringan.

Separuh masa kedua

Pahang tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan pendahuluan sejurus memasuki babak kedua.

Jaringan tersebut hadir pada minit ke-51 menerusi Matheu Alves Leandro yang berjaya mengatasi pertahanan tuan rumah yang gagal mengeluarkan bola di kawasan bahaya lalu meledakkan jaringan pendahuluan buat pelawat.

Jaringan tersebut meningkatkan tempo permainan dan Pahang dilihat lebih mendominasi permainan.

Beberapa kali Pahang berjaya memperoleh peluang keemasan namun ianya disia-siakan Matheu Alves dan Ashari Samsudin walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol PKNP FC.

Pasukan tuan rumah turut memperoleh peluang keemasan menerusi Shahrel Fikri. Shahrel yang hanya berhadapan dengan Wan Azraei melakukan rembatan leret yang berjaya dikuis menggunakan kaki oleh penjaga gol tersebut pada minit ke-64.

Usaha berterusan PKNP FC membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-80.

Jaringan tersebut berpunca dari hantaran lintang yang dilakukan Hafiz Ramdan ke pintu gol Pahang terkena kaki Afif Amiruddin yang menerjah ke gawang gol sendiri.

Jaringan yang dinantikan itu ternyata menaikkan semangat para pemain PKNP FC bagi mencari jaringan kemenangan.

Namun keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil yang bertugas, Muhammad Rahmat Jantan.

PKNP FC kini berada di persada kumpulan A apabila memperoleh 4 mata hasil satu kemenangan dan satu seri setelah beraksi 2 perlawanan.

Barisan pemain :

Perak – Ahmad Asyraaf Omar (penjaga gol), Muhamad Syazwan Zaipol, Ritus Krjauklis, Muhamad Norhizwan Hassan (Mohamad Ezanie Mat Salleh), Mohammad Raffi Nagoorgani, Ahmad Sukri Ab Hamid, Muhammad Fadhil Idris (Vincent Lucas),  Mohamad Hafiz Ramdan,  Hyeon Woo Kim (Deevan Raj), Gilberto Valdenesio & Muhammad Shahrel Fikri Fauzi (kapten)

Pahang – Wan Muhammad Azraei Wan Teh (penjaga gol), Matthew Thomas Davies (kapten) (Mohd Saifulnizam Miswan), Jaewon Heo, Mohd Afif Amiruddin, Muhammad Zubir Azmi, Ahmad Syamim Yahya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Muhammad Nurridzuan Abu Hassan), Mohamadou Sumareh, Mohamad Ashari Samsudin (Mohamad Faisal Abdul Halim), Yamile Jorge Gonzalo Romero & Matheus Alves Leandro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN