Terengganu Pertaruh 3 Bintang Muda Untuk Harungi Saingan Musim Akan Datang

Terengganu tampaknya terus menjadi antara pasukan paling aktif dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk memperkenalkan lebih ramai bakat-bakat muda di pentas domestik bagi saingan hadapan.

Tampil selaku juara saingan Piala MFL musim lalu, pastinya ramai mengharapkan beberapa bintang muda berkualiti dapat diperkenalkan secara kekal untuk saingan musim hadapan di beberapa posisi.

Apatah lagi Sang Penyu juga dilaporkan menjadi antara pasukan yang jimat berbelanja musim hadapan dan tidak menggunakan ramai kuota import dalam senarai kelab itu untuk membuka peluang lebih ramai pemain tempatan mendapat tempat.

Menerusi perkongsian terbaharu, pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner itu dijangka bakal menggunakan khidmat tiga pemain muda yang sebelum itu menonjol bersama Terengganu II dalam saingan MFL.

Tiga pemain tersebut ialah Safwan Mazlan serta Ubaidullah Shamsul Fazili yang terdahulu merupakan antara tonggak paling menyerlah bersama pasukan kebangsaan bawah 23 (B-23) di pentas antarabangsa.

Seorang lagi merupakan bintang muda meningkat naik Terengganu yang hadir dengan aksi cukup konsisten bersama rakan sepasukan lain iaitu Muhammad Faris Rifqi Abdul Rashid.

Ianya disahkan sendiri melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas dengan menyatakan ketiga pemain tersebut bakal dinaikkan pangkat bersama pasukan utama.

Ujar Sabri, beliau jelas berpuas hati dengan prestasi ketiga pemain muda tersebut pada musim lalu dalam saingan Piala MFL selain Ubaidullah dan Safwan menyerlah untuk pasukan kebangsaan.

“Tiga pemain muda itu berjaya memperagakan aksi cemerlang bersama skuad TFC II pada musim lalu sehingga membantu pasukannya muncul juara Piala MFL edisi pertama selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0.

“Malah mereka juga sering dipanggil ketua jurulatih skuad utama, Tomislav Steinbruckner untuk membarisi skuad bimbingannya dalam saingan Liga Super musim lalu termasuk aksi final Piala Malaysia menentang JDT.

“Dalam skuad B-23 kebangsaan pula, Safwan dan Ubaidullah adalah antara pemain tonggak, jadi selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, tiga pemain itu wajar didaftarkan dalam skuad utama pada musim baharu ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Selain ketiga pemain tersebut, Terengganu juga sebenarnya memiliki rantaian pemain muda lain yang sedia diketengahkan untuk mengharungi saingan hadapan seperti Syahmi Zamri.

Jangkaan kami, musim ini lebih ramai para pemain muda Terengganu bakal diperkenalkan pasukan tersebut untuk mengisi kekosongan serta menampung kelab itu dalam setiap perlawanan dihadapi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN