Anwar Ibrahim Beri Penghormatan Terakhir Buat Keluarga Azraai Khor

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang turut bersimpati akan kehilangan bekas jurulatih berpengalaman negara, Mohd Azraai Khor Bin Abdullah.

Terdahulu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Azraai Khor, selepas ia dimaklumkan sendiri melalui anaknya di media sosial Facebook.

Seperti diketahui, Allahyarham merupakan salah satu individu paling banyak memainkan peranan menaikkan martabat bola sepak Malaysia di era moden.

Malah, Azraai juga merupakan satu-satunya jurulatih tempatan paling cemerlang pada era baharu ini selepas beliau membantu Kedah Darul Aman (Kedah) meraih gelaran ‘Double Treble’ di Malaysia.

Pemergiaan Allahyarham turut mendapat perhatian daripada Anwar Ibrahim yang menzahirkan penghormatan terakhir sebelum itu menerusi media sosial milik beliau beberapa jam lalu.

“Salam takziah buat keluarga bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih disegani, Mohd Azraai Khor Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir akibat strok hari ini.

“Pastinya jasa dan sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak negara akan dikenang terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.

“Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini. Dititipkan doa agar Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” tulis beliau di Facebook.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan antara pemain legenda Kedah sebelum beliau tampil selaku jurulatih pasukan tersebut dengan rekod cukup hebat.

Terkenal dengan sentuhan emas beliau untuk menaikkan tunas baharu, Azraai antara jurulatih yang banyak memperkenalkan bakat-bakat muda tempatan untuk menyerlah dalam dunia bola sepak profesional.

Malah, kepakaran Allahyarham untuk mendapatkan pemain import berkualiti juga sentiasa menjadikan beliau sebagai contoh terbaik buat mana-mana jurulatih muda kini.

Nama Baddrol Bakhtiar serta Marlon Alex James antara yang akan sentiasa disebut memiliki kualiti cukup tinggi ketika era kejurulatihan Azraai bersama Kedah.

Kami di Semuanya BOLA sendiri turut merasa sedih akan perkara ini dan berharap supaya keluarga Allahyarham tenang menghadapinya selain para sahabat serta peminat Azraai sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN