Terengganu Nafi Mahu Singkirkan Tomislav Steinbruckner Demi Aidil Sharin

Tomislav Steinbruckner

Kelab Liga Super, Terengganu menafikan spekulasi yang mendakwa mereka bakal menyingkirkan pengendali iaitu Tomislav Steinbruckner dengan jurulatih lain.

Sebelum ini terdapat spekulasi yang mengatakan mereka ingin menyingkirkan Steinbruckner dengan mendapatkan mantan jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin.

Namun begitu, mereka tampil dengan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Terengganu, proses untuk menggantikan seseorang jurulatih sebenarnya bukanlah satu perkara mudah.

Sebaliknya, mereka perlu melalui satu proses panjang untuk menggantikan Steinbruckner dengan jurulatih baharu.

“Proses untuk mencadang, menukar atau melantik jurulatih yang baharu bukan perkara yang mudah dan perlu dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Teknikal Terengganu FC serta ianya perlu mendapatkan persetujuan dari pihak Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB).

“Ianya bukan hanya boleh dicadang dan dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan dari pihak atasan,” kata Terengganu dalam kenyataan mereka.

Bagi Terengganu, apa yang mereka cuba lakukan ketika ini adalah ingin memperkemas pasukan sementara liga sedang berehat kerana Sukan SEA.

Malah mereka juga dalam proses untuk melakukan beberapa perpindahan pemain ketika jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka semula pada Julai ini.

“Terengganu FC tidak akan melakukan tindakan terburu-buru yang melibatkan pengendali pasukan dan pada ketika ini jawatankuasa teknikal kelab serta barisan kejurulatihan sedang dalam usaha bagi memperkemaskan pasukan untuk perlawanan Liga Super yang bakal bersambung pada 19 Mei ini.

“[Pasukan juga sedang] membuat penyenaraian akhir pemain yang ingin dibawa masuk setelah jendela perpindahan dibuka Julai ini,” tambah mereka lagi.

Kedudukan Steinbruckner sebagai pengendali Terengganu dilihat tidak begitu baik ketika ini dengan pasukan kini berada di kedudukan kelapan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN