Kelibat Bintang Muda Man United Tarik Minat Real Madrid Untuk Dipantau

Kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid kini dilaporkan mempamerkan rasa minat cukup tinggi untuk mendapatkan khidmat pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho.

Garnacho menjadi antara pemain tumpuan United yang menyerlah ketika ini untuk menjadi bintang masa hadapan menerusi kualiti dipamerkan beliau ketika diturunkan oleh Erik ten Hag.

Walaupun Real kini mempamerkan rasa minat, Garnacho telah pun menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama pasukan tersebut sebelum itu.

Musim ini menyaksikan Garnacho telah pun meledak empat gol serta sembilan bantuan jaringan bersama United, sehingga aksi beliau dipuji ramai pemerhati bola sepak dunia.

Menerusi ketenangan Garnacho dalam mengawal bola, pemain ini juga sangat tajam untuk mencari segenap ruang bagi mendapatkan gol penting buat United.

Namun momentum Garnacho sedikit tersekat, selepas beliau mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan oleh ten Hag ketika itu untuk menyaksikan pemain muda tersebut tidak beraksi dalam beberapa perlawanan.

Terkini, pemain muda tersebut dilaporkan sudah pun kembali menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan dan mempunyai potensi besar untuk diturunkan pada aksi seterusnya berdepan Brighton & Hove Albion.

Malah, kehadiran Garnacho mampu menjadi pemangkin semangat terbaik buat United yang bakal menghadapi aksi getir pada perlawanan final Piala FA untuk bertemu Manchester City tidak lama lagi.

Ketika ini, Real jelas sedang memantau perkembangan semasa Garnacho dan berminat untuk ditandatangani bagi memperkukuhkan posisi sayap mereka menerusi laporan daripada Sportbible.

Walaupun klausa pembelian Garnacho dilaporkan bernilai £87 juta, ianya dilihat bukan satu masalah buat Los Blancos jika segalanya berjalan lancar.

Apapun, ketika ini masih belum ada apa-apa langkah dibuat oleh Real untuk cuba mendapatkan Garnacho, serta pemain itu sendiri mengakui sangat gembira kini di Old Trafford.

Berdasarkan keadaan semasa, ten Hag pastinya menjadi individu paling penting untuk memastikan Garnacho terus kekal di Old Trafford kerana pembangunan pemain tersebut masih lagi jauh.

Jika Garnacho menyertai Real pada usia masih muda, beliau akan mengiku jejak langkah idolanya sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo serta mungkin bakal menempa nama lebih pantas seperti penyerang kebangsaan Portugal tersebut.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN