Liverpool Diberi Saranan Untuk ‘Sambar’ Pemain Tengah Newcastle United

Bekas legenda Liverpool iaitu Robbie Fowler telah pun menyarankan bekas kelab lama diwakilinya itu untuk menandatangani khidmat pemain tengah berpengaruh daripada Newcastle United.

Pemain yang disarankan itu ialah Joelinton yang kini sedang menikmati musim terbaik beliau bersama Newcastle, dan Fowler dikhabarkan telah pun menyatakan cadangan tersebut kepada Jurgen Klopp.

Liverpool boleh dianggap mengharungi musim yang sangat sukar musim ini dan peluang untuk mereka beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) telah pun terpadan jika dilihat daripada segi kedudukan semasa dalam carta liga.

Selain menghadapi isu kecederaan dalam skuad tersebut, Liverpool juga turut menghadapi masalah konsistensi pemain di posisi tengah selepas beberapa faktor seperti usia serta tidak mampu mengekalkan momentum dalam setiap perlawanan dihadapi.

Disebabkan itu, Klopp sudah pun memantau beberapa pemain tengah baharu yang mampu untuk menjadi jeneral utama Liverpool pada musim hadapan dalam misi untuk kembali memberi persaingan sengit kepada kelab lain.

Antara nama pemain yang dikaitkan ialah Alexis Mac Allister, Moises Caicedo, Conor Gallagher, serta pemain kebangsaan England iaitu Mason Mount.

Selain itu, pemain muda daripada Sporting Lisbon iaitu Manuel Ugarte turut berada dalam pemantauan semasa, selepas Klopp melihat bintang itu bersesuaian untuk menggantikan khidmat Fabinho.

Walaupun begitu, Fowler mempunyai pandangan tersendiri selepas beliau meminta supaya Klopp memberi tumpuan kepada prestasi semasa dipamerkan oleh Joelinton bersama Newcastle.

Fowler secara berterus terang menyatakan rasa minat kepada aksi dipamerkan oleh Joelinton dan berharap supaya pemain tersebut mampu beraksi di Anfield pada musim hadapan.

“Saya boleb katakan ketika ini yang saya merupakan peminat besar kepada Joelinton yang mampu menghasilkan kombinasi terbaik dalam permainan di atas padang.

“Menerusi apa yang dipamerkan oleh Joelinton, beliau menjadi pemain yang sangat bersesuaian buat Liverpool dengan sangat sempurna,” jelas Fowler menerusi Sportbible.

Musim ini menyaksikan Joelinton tampil dengan sangat berpengaruh bersama Newcastle selepas pemain tersebut berjaya meledak enam gol serta satu bantuan jaringan daripada 29 penampilan buat pasukan tersebut.

Malah, Michael Owen turut menyifatkan Joelinton sebagai salah seorang pemain terbaik dalam saingan English Premier League (EPL).

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN