Terengganu Nafi Cuba ‘Pancing’ 2 Tonggak Utama KL City

Terengganu dilaporkan telah menafikan khabar angin yang bertebaran sebelum ini kononnya mereka cuba untuk mendapatkan dua pemain bintang Kuala Lumpur City (KL City) pada jendela kedua perpindahan Liga Super 2023.

Dua pemain yang dilaporkan itu ialah pemain serangan lincah, Zhafri Yahya serta tonggak tengah KL City musim ini iaitu Akram Mahinan dan telah pun dinafikan oleh pihak Terengganu tentang perkhabaran tersebut.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro, sumber daripada pengurusan Terengganu menyatakan itu hanya khabar angin yang dicipta oleh para penyokong sahaja menerusi media sosial.

Khabar angin mengenai dua pemain tersebut mula menjadi panas di media sosial dalam kalangan penyokong Terengganu sebelum itu dan kononnya mereka bakal menyertai pasukan tersebut untuk jendela perpindahan kedua Liga Super.

Namun ianya juga dianggap tidak logik untuk KL City melepaskan kedua tonggak itu kerana Zhafri serta Akram merupakan antara kunci kekuatan The City Boys bawah kendalian Bojan Hodak sejak beberapa musim lalu.

“Tidak, itu hanya khabar angin, lagipun dua pemain itu (Akram Mahinan dan Zhafri) tidak ada dalam perancangan jurulatih, malah kami tidak pernah berbincang untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Mungkin ada pihak tertentu atau peminat cuba membuat andaian pemain berkenaan bakal beraksi bersama TFC pada jendela kedua perpindahan pemain yang masih berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi.

“Jadi dengan penjelasan ini, ia diharap dapat merungkai persoalan itu kerana misi pasukan kini adalah untuk memantapkan lagi kualiti permainan dalam mengharungi baki saingan liga dan Piala AFC,” jelas sumber tersebut kepada Harian Metro.

Setakat ini, Terengganu telah pun mengikat bekas tonggak Selangor iaitu Norhakim Hassan bagi slot pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua bagi memperkukuhkan posisi serangan pasukan.

Selain itu, pasukan tersebut turut menandatangani khidmat import terbaharu di posisi tengah serangan dari Uzbekistan iaitu Nurillo Tukhtasinov dan sehingga kini tiada perkhabaran Terengganu akan mendapatkan pemain baharu.

Malah, sedikit rombakan turut dibuat Terengganu dengan mereka secara rasminya melepaskan perancang tengah dari Croatia iaitu Domagoj Pusic untuk digantikan kepada Nurillo.

Musim ini segalanya tampak sedikit tidak konsisten buat Terengganu selepas ada perubahan baharu dibuat kelab berkenaan sehingga ia melahirkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Sang Penyu.

Malah, posisi yang sedikit kritikal buat Terengganu ketika ini pastinya terarah kepada posisi serangan mereka jelas sangat tumpul ketika menghadapi beberapa perlawanan Liga Super termasuk kejohanan Piala FA.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN