Argzim Redzovic: “Proses Naturalisasi Saya Sudah Lulus”

Pertahanan import Terengganu iaitu Argzim Redzovic kini bakal menjadi aset terbaharu buat skuad kebangsaan, selepas laporan menyatakan beliau menunggu masa sahaja untuk bergelar pemain naturalisasi seterusnya.

Argzim yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2018 boleh dikatakan sebagai antara pemain import paling lama berada di Malaysia dan layak untuk didaftarkan sebagai calon warganegara berdasarkan syarat ditetapkan.

Menurut Argzim, proses naturalisasi beliau kini sudah pun diluluskan selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan Terengganu sebelum itu untuk memberi khabar gembira buatnya.

Namun, ianya kini di peringkat akhir untuk diselesaikan dan pemain kelahiran Montenegro itu mengakui tidak tahu bila status beliau selaku warganegara tempatan akan diumumkan kepadanya.

Selepas melihat pemain naturalisasi serta warisan yang beraksi bersama kem kebangsaan, Argzim mengakui beliau juga tidak sabar untuk mewakili Harimau Malaya pada masa akan datang.

Disebabkan itu, Argzim berharap agar proses terakhir tersebut dapat diselesaikan dalam kadar segera supaya ianya turut membantu Terengganu untuk mendapatkan calon import baharu menggantikan slot miliknya kelak sebelum saingan Piala AFC bermula.

“Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh daripada pihak pengurusan TFC berkaitan proses naturalisasi saya ialah sudah diluluskan, sekarang ini di peringkat terakhir dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Selanjutnya saya tidak tahu bila akan dapat diselesaikan proses naturalisasi itu, saya rasa seperti penyerang import Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Romel Morales pun seperti saya juga masih menunggu.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi agar proses berkenaan dapat diselesaikan sebelum sebelum TFC bermain dalam saingan Piala AFC, lagipun saya bagaikan sudah tidak sabar selepas enam tahun berada di Malaysia.

“Apabila saya didaftarkan sebagai pemain tempatan jadi pasukan boleh mendaftar tambahan pemain import sekali gus mampu memperkasakan lagi pasukan terutama dalam mengharungi saingan Piala AFC dan juga baki saingan Liga Super dan juga Piala Malaysia selepas gagal layak ke final Piala FA,” ujar Redzovic menerusi laporan Harian Metro.

Argzim Redzovic Pemain Naturalisasi Malaysia Seterusnya?

Redzovic boleh dianggap sebagai aset Terengganu sejak beberapa musim ini kerana kelebihan beliau daripada segi kekuatan fizikal serta kaya dengan pengalaman ketika di luar negara untuk membantu posisi pertahanan Sang Penyu.

Musim ini, Redzovic juga diberi banyak peluang beraksi bawah kendalian Tomislav Steinbruckner untuk membentuk gandingan bersama Shahrul Nizam di posisi pertahanan tengah dan akan digilirkan kepada satu lagi tonggak posisi tersebut, Sardor Kulmatov.

Jika segalanya selesai pada masa terdekat, ada kemungkinan Kim Pan-gon akan menyenaraikan Argzim untuk dinilai dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ke pentas Piala Asia tahun hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN