Argzim Redzovic Pemain Naturalisasi Malaysia Seterusnya?

Argzim Redzovic

Adakah kita akan mendapat pemain naturalisasi baharu untuk skuad kebangsaan dalam masa yang terdekat?

Sebelum ini, kita sudah mempunyai pemain-pemain seperti Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula dan Mahmadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi.

Kini, dijangka kita bakal mendapat seorang lagi pemain naturalisasi baharu yang beraksi di bahagian pertahanan.

Pemain Terengganu, Argzim Redzovic kini dikhabarkan berada dalam proses untuk dinaturalisasikan selepas menghampiri lima tahun tempoh bermastautin di Malaysia.

Menurut sebuah ciapan di Twitter, pengurus Terengganu iaitu Zulfadli Rozi mengatakan yang pasukannya sudah berada di peringkat awal untuk menaturalisasikan Redzovic.

Menurut Zulfadli, ianya sudah menjadi sasaran pasukan untuk menjadikan pemain berasal Montengero itu sebagai pemain naturalisasi negara yang seterusnya.

“Itu adalah sasaran kami ketika mendapatkan beliau. Musim depan genap lima tahun [Redzovic berada di Malaysia].”

“Kami sudah mengambil langkah awal ke arah itu [naturalisasi], harapnya semua akan berjalan dengan baik jika diizinkan Allah.”

https://twitter.com/JoeGnola/status/1435836554384080898

Redzovic yang mempunyai ketinggian 1.9 meter ini merupakan pemain tetap dalam skuad Terengganu II. Beliau juga sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan PDRM sebelum ke Pantai Timur.

Sepanjang berada di Malaysia, Redzovic juga sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis tempatan dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sebelum tiba di Malaysia, Redzovic pernah beraksi untuk pasukan-pasukan seperti Mogren (Montenegro), SV Kapfenberg (Austria) dan Lanexang United (Kemboja).

Leave a Reply