Terengganu Mahu Persiapan Awal Dibuat Untuk Cipta Keserasian Pemain

Terengganu bakal membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 yang bakal berlangsung tidak beberapa bulan sahaja lagi.

Tampil dengan persiapan sedikit perlahan selepas ada penjimatan dilakukan oleh Terengganu, sehingga kini mereka tampil dengan tiga sahaja import dikekalkan daripada musim lalu.

Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov, serta Argzim Redzovic menjadi pemain import yang terus dikekalkan oleh Sang Penyu untuk saingan musim 2024/2025.

Manakala untuk pemain tempatan pula, kebanyakan daripada mereka kekal bersama pasukan tersebut termasuk beberapa pemain muda berbakat besar seperti Ubaidullah Syamsul dan lain-lain.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Terengganu iaitu Mohd Syahrizan Mohd Zain, sesi latihan membabitkan Sang Penyu bakal berlangsung pada pertengahan bulan ini.

Jika dilihat, ianya masih terlalu awal buat mana-mana kelab untuk memulakan sesi latihan tetapi Terengganu mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka memulakannya pada pertengahan Februari.

Jelas Syahrizan, latihan bakal bermula lebih awal kerana mereka mahu memastikan para pemain dapat mencapai keserasian serta tampil lebih bersedia sebelum mengharungi perjalanan liga.

“Walaupun jadual perlawanan liga masih panjang iaitu berbaki kira-kira tiga bulan lagi, kami mahu membuat persiapan lebih awal bagi memastikan pemain benar-benar serasi dan mantap.

“Ini kerana pada musim ini hanya tiga pemain import sedia ada dikekalkan iaitu Nurillo Tukhtasinov (Uzbekistan), Ivan Mamut (Croatia) dan Argzim Redzovic, manakala selebihnya adalah muka baharu nanti.

“Begitu juga pemain tempatan, kita ada beberapa pemain baharu, jadi untuk proses penyesuaian sudah pasti mengambil sedikit masa untuk mereka lebih memahami corak latihan jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

“Kita harapkan tempoh berkenaan mencukupi buat pemain dalam proses penyesuaian itu dan mereka yang berada dalam skuad perlu bekerja lebih keras bagi memastikan berada pada tahap prestasi terbaik sebelum sepak mula,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, Syahrizan juga mengakui para pemain import serta tempatan baharu juga akan menyusul menerusi pengenalan rasmi oleh pasukan berkenaan nanti.

“Insya-Allah pemain import sedia ada itu akan mula menjalani latihan pertama pada pertengahan bulan ini, manakala selebihnya pihak pengurusan akan maklum secara rasmi nanti,” katanya akhir sekali.

Sehingga kini, Terengganu telah pun memperkenalkan pemain tengah baharu mereka untuk saingan hadapan iaitu Akram Mahinan dan telah pun diperkenalkan secara rasmi sebelum itu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN