Terengganu FC kian rancak dalam persiapan mereka bagi menghadapi musim depan dengan kini hampir menandatangani seorang pemain import baharu untuk skuad mereka.
Luke Woodland dari Filipina yang mewakili kelab liga Thailand, Mitr Phol makin hampir menyertai pasukan semi finalis Piala Malaysia itu untuk slot Asean.
Berdasarkan sumber, kedua pihak masih dalam perbincangan yang lebih mendalam bagi memperhalusi syarat dan hanya menanti kata putus bagi melihat hala tuju yang lebih jelas.
#HampirConfirm
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 15, 2021
Also, it is learnt that Terengganu is looking to sign Filipino players – deep-lying playmaker Manny Ott and versatile defensive midfielder Luke Woodland. #MFLTransfer2022
Menurut sumber, pemain tersebut memang sudah berada dalam radar pasukan Terengganu untuk musim hadapan bagi memperkuatkan jentera tengah dan perbincangan lanjut masih diteruskan.
Pemain berdarah kacukan England-Filipina itu sebelum ini pernah mewakili skuad muda negara England sebelum menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Bolton Wanderers pada 2013 hingga 2015 sebelum berhijrah ke Filipina.
Woodland akan bergandingan bersama Habib Haroon sekiranya pemain ini sah menyertai Terengganu pada musim hadapan untuk mencipta gandingan import di bahagian tengah.
MFL Breaking News Rumours
— Projek Bola (@BolaProjek) November 29, 2020
Terengganu FC ⬛⬜🐢 set to sign Azkal Defensive midfielder Luke Woodland as their SEA Quota.
🔜 Luke Woodland #msltransfer2021#malaysiafootball@LukeWoodland_ @FCTerengganu pic.twitter.com/iWsdzhrxXM
Pemain ini pernah beraksi di Liga Malaysia sebelum ini bersama Kuala Lumpur pada tahun 2019 sebelum menyertai kelab Liga Thailand, Mitr Phol selepas itu.
Untuk pemain semasa yang sudah pun mengikat kontrak bersama Terengganu adalah enam tonggak import termasuk dua bekas ayam tambatan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche selain Habib, Pape Diakite, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.