Piala Malaysia 2019: Nafuzi Zain Gesa TFC Pamer Aksi Sebenar

nafuzi zain, terengganu fc

Finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu FC jelas tidak mengambil mudah cabaran edisi 2019 apabila pengendali sementara, Nafuzi Zain mengingatkan anak buahnya untuk tidak mengambil mudah cabaran yang bakal dihadapi dalam saingan Kumpulan A.

Sang Penyu diletakkan bersama Kedah, PKNS FC dan wakil daripada Liga Premier, Negeri Sembilan untuk edisi kali ini.

Malam ini, Terengganu FC akan melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan dengan beraksi di halaman sendiri, pengendali berusia 40 tahun itu mahukan para pemainnya mempamerkan aksi dan kemampuan sebenar.

“Piala Malaysia adalah gelanggang yang berbeza,” tegasnya yang dipetik berkata menerusi portal Berita Harian.

“Walaupun TFC berjaya mencatat keputusan seri 1-1 di laman sendiri dan menang 2-1 menundukkan PKNS di Stadium Shah Alam pada aksi Liga Super, ia bukan jaminan buat pasukan untuk menewaskan skuad itu,” tambahnya lagi.

Oleh itu, beliau mengingatkan sekali lagi kepada para pemainnya agar tidak mengambil mudah cabaran PKNS FC serta tidak memikirkan rekod pertembungan dalam perlawanan liga.

“Oleh sebab itu saya mengingatkan pemain usah berasa selesa dan mengambil mudah biarpun beraksi di laman sendiri kerana sudah pasti lawan juga mahukan kemenangan.

“Selain itu pasukan juga tidak boleh membazirkan mata jika berhasrat untuk mara ke peringkat suku akhir apatah lagi beraksi di laman sendiri pada aksi pertama peringkat kumpulan itu biarpun sedar bakal diberi tentangan sengit pihak lawan,” jelasnya.

Terengganu FC pastinya mahu mengulangi pencapaian pada edisi yang lalu disamping berazam mahu memperbaikinya jika mampu layak sehingga ke pentas final buat kali kedua berturut-turut. Namun begitu, mereka terlebih dahulu perlu melepasi peringkat kumpulan dengan jayanya jika mengimpi untuk mengulanginya.

Pada edisi yang lalu, Terengganu FC yang ketika itu dibimbing oleh Irfan Bakti telah tewas 1-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas mereka terikat 3-3 dalam masa sebenar menentang Perak.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung sehingga minit ke-120 itu menyaksikan Perak bangkit mengejar selepas ketinggalan 2 gol seterusnya berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Kredit Featured Image: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN