Terengganu FC Lengkapkan Kuota Pemain Import Dengan Bintang Uzbekistan

Kuota pemain import skuad Terengganu FC (TFC) untuk saingan Liga Malaysia 2019 akhirnya sudah lengkap sepenuhnya apabila mereka mengumumkan pemain tengah dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov sebagai pemain baharu mereka semalam.

Pihak Terengganu FC sebelum itu memuat naik satu video ‘teaser’ di akaun media sosial mereka dengan memberi bayangan pemain tersebut datangnya daripada kelab juara Liga Uzbekistan, Lokomotiv Tashkent.

Pemain yang berusia 29 tahun itu dianggap sebagai bintang di negaranya kerana beliau merupakan antara pemain tengah terbaik dalam saingan Liga Uzbekistan.

Beliau juga merupakan pemain kesayangan pasukan Lokomotiv Tashkent dan telah diundi oleh penyokong mereka sebagai pemain tengah terbaik serta pemain terbaik Lokomotiv bagi musim 2018. Pencapaian itu sudah cukup membuktikan kualiti yang ada padanya.

Bedasarkan rekod beliau bersama kelab Lokomotiv Taskent, pemain kaki kidal itu telah memenangi 3 gelaran kejuaraan bersama pasukan itu dalam saingan Liga Super Uzbekistan pada tahun 2016, 2017 dan 2018.

Sanjar juga telah berpengalaman beraksi di saingan bola sepak peringkat tertinggi di Asia iaitu AFC Champions League selama hampir 3 tahun. Di kelab lamanya, Sanjar beraksi sebagai pemain tengah dan juga boleh beraksi di sebelah sayap kiri dan kanan pasukan.

Menurut Terengganu FC, gandingannya bersama Lee Tuck di bahagian tengah mampu memberi ancaman kepada lawan kerana Sanjar dikenali sebagai salah seorang pemain yang sangat bekerja keras dan kreatif dalam pasukan.

Selain Sanjar dan Lee Tuck, skuad kendalian Irfan Bakti turut diperkuatkan oleh tiga lagi pemain import iaitu Thierry Chanta Bin (Kemboja), Igor Zonjic (Serbia) dan Kipre Tchetche (Ivory Coast).

Beliau akan memakai jersi bernombor 15 bagi musim 2019 bersama TFC dan dijangkakan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memikat hati penyokong di Terengganu dan juga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN