Terengganu Dinafikan Penalti Yang Jelas Lagi Nyata Oleh Pengadil?

Aksi melibatkan Sri Pahang dan Terengganu sudah pun mempunyai kontroversinya dengan pengadil sekali lagi menjadi perhatian.

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur ketika ini tercetus dengan kontroversi apabila Terengganu dilihat dinafikan sepakan penalti oleh pengadil.

Pemain pinjaman Terengganu dari Selangor, Nik Sharif dilihat dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Azwan Arippin.

Apa yang menjadi pertikaian adalah dalam ulang tayang, Azwan dilihat seperti menyepak Sharif dan tidak langsung mendapat bola.

Namun dek kerana kedudukan Sharif dan Azwan yang dilihat berapa betul-betul di tepi kotak penalti, pengadil dilihat tidak pasti sama ada untuk berikan penalti atau tidak.

Namun itu bukanlah satu insiden yang diterima Terengganu, satu lagi situasi terjadi apabila melibatkan Sharif sekali lagi dengan Azwan.

Azwan yang ditugaskan untuk mengawal Sharif sekali lagi terlibat dalam situasi kekasaran di kawasan yang hampir serupa dengan insiden pertama tadi.

Walaupun kelihatan jelas yang Sharif dikasari oleh Azwan, namun pengadil memilih untuk tidak memberikan sepakan penalti kepada Terengganu.

Anda boleh lihat video dua insiden tersebut dibawah dan nilaikan sama ada penalti atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN