Marco Reus Anggap Premier League Dan La Liga Lebih Menarik Berbanding Bundesliga

Marco Reus mengaku yang beliau lebih berminat untuk menyaksikan aksi daripada saingan Premier League dan La Liga berbanding saingan Bundesliga atau liga-liga lain dalam dunia bola sepak.

Pemain penyerang berusia 33 tahun itu telah membuat lebih 300 penampilan dalam saingan Bundesliga bersama kelab kesayangan beliau, Borussia Dortmund.

Jelas sekali selepas melihat kepada fakta tersebut, beliau akan sangat memahami saingan liga bola sepak Jerman berbanding liga lain.

Selain menghabiskan masa selama 10 tahun bersama kelab kesayangan beliau Borussia Dortmund, Marco Reus turut pernah menghabiskan karier selama tiga tahun bersama Borussia Monchengladbach pada tahun 2009 hingga 2012.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Reus sebenarnya sudah kerap kali menolak tawaran lumayan dari pelbagai kelab semata-mata untuk terus kekal bersama Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga.

Hal itu menyebabkan ramai peminat percaya Marco Reus sebenarnya sangat sayang kepada Borussia Dortmund dan gembira beraksi dalam saingan Bundesliga berbanding liga lain.

Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual terbaru bersama OMR Podcast, pemain penyerang berpengalaman itu mengaku yang beliau lebih memilih untuk menyaksikan aksi daripada saingan liga lain berbanding Bundesliga.

Bercakap dalam temu bual tersebut, Reus mendedahkan tentang beberapa topik termasuk impak yang ditinggalkan oleh bekas pengurusnya, Jurgen Klopp dan mengapa beliau tidak mahu menjadi pengurus dalam saingan Bundesliga.

Marco Reus juga turut bercakap tentang mengapa beliau lebih gembira untuk menyaksikan saingan liga bola sepak lain selain dari liga utama bola sepak Jerman.

“Sejujurnya, saya lebih memilih untuk menonton aksi dalam saingan Premier League atau La Liga.”

Jelas Marco Reus kepada OMR Podcast.

“Seperti menonton aksi Barca bertemu Real Madrid. Saya tahu sedikit tentang Premier League. Ia merupakan perlawanan yang istimewa ketika City bertemu Man United.”

Reus turut bercakap tentang situasi terkini Borussia Dortmund berkait urusan perpindahan pemain.

“Agak menyedihkan untuk kita melihat yang kini sudah menandatangani pemain muda berpotensi besar yang kemudiannya memasang impian untuk terus mengembangkan karier mereka di tempat lain selepas dua ke tiga tahun di sini.”

“Jika kami mampu kekalkan pemain-pemain kami ada, saya yakin kami akan mampu lebih menyerlah di pentas bola sepak Eropah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN