Liga Super: Terengganu Musnahkan Momentum 5 Perlawanan Tanpa Kalah Sri Pahang

Sri Pahang gagal untuk mempertahankan rekod tanpa tewas mereka dalam lima perlawanan, apabila terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Terengganu dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Walaupun bermula dengan baik menerusi gol pendahuluan tuan rumah pada awal separuh masa kedua, kelebihan tersebut gagal dipertahankan mereka, setelah menerima aksi kebangkitan daripada pelawat.

Lima minit pertama permainan menyaksikan kedua pasukan seimbang menguasai perlawanan dengan masing-masing cuba mencari rentak untuk mencipta serangan.

Habib Haroon terlebih dahulu memperoleh peluang untuk memberi jaringan awal kepada Terengganu pada minit ke-5 menerusi rembatan deras luar kotak penalti.

Namun percubaan pemain import tersebut hanya mampu menggegarkan palang gol untuk menyelamatkan seketika gawang Sri Pahang.

Selang dua minit selepas itu, giliran David Rowley pula mendapat ruang untuk memberi jaringan buat tuan rumah, namun pengadil terlebih dahulu mengesan situasi ‘offside’, walaupun pemain tersebut hanya berhadapan dengan penjaga gol pelawat.

Intensiti permainan jelas semakin meningkat dengan beberapa siri percubaan berjaya dilancarkan oleh kedua pasukan, namun gol pertama yang dicari masih lagi belum ditemui.

Kelibat pengadil yang dianggap tidak berpihak kepada pasukan pelawat telah menimbulkan kemarahan buat barisan kejurulatihan Terengganua yang membuat protes, sebelum layangan kad kuning terpaksa diberikan.

Pada awal separuh masa kedua, Sri Pahang berjaya mendapatkan gol pertama perlawanan menerusi Manuel Hidalgo yang menerima hantaran cantik dari sebelah kiri daripada Azwan aripin untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Terengganu jelas menaikkan intensiti permainan mereka menerusi siri serangan yang bertali arus dilancarkan kepada tuan rumah untuk kembali mencari gol penyamaan.

Sri Pahang pula, mereka dilihat tidak lagi begitu agresif untuk mencari gol kedua selain lebih banyak berkumpul di kawasan sendiri untuk menyerap asakan pelawat.

Terengganu akhirnya berjaya kembali menyamakan kedudukan menerusi Habib Haroon pada minit ke-72, setelah sebelum itu mereka terpaksa berhempas pulas mencipta serangan dari pelbagai arah.

Pasukan pelawat terus menambah derita buat Sri Pahang apabila mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi Petrus Shitembi pada minit ke-87 yang mudah mengelirukan Samassa untuk mendahului tuan rumah.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Terengganu mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Sri Pahang.

Kesebelasan utama

Sri Pahang: Mamadou Samassa (Penjaga gol), Nicholas Ryan Swirad, Kevin Langbehn Ingreso, Andres Steven Rodriguez Ossa, Abdul Malik Mat Ariff, Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Mohamad Muslim Ahmad (Kapten), Mohamad Azwan Mohd Aripin, David William Rowley, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Terengganu: Muhammad Rahadiazli Bin Rahalim (Penjaga gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Habib Haroon haroon Saeed, Petrus Shitembi, Muhamad Hafizal Mohammad@Alias, Tchetche Hermann Brice Kipre (Kapten), Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN