Terengganu Dan T-Team FC Tidak Akan Bergabung Musim Depan

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat menolak cadangan penggabungan 2 pasukan yang berada di bawah kerajaan negeri iaitu Terengganu dan T-Team FC.

Beliau berkata, penyusunan semula akan dibuat demi kebaikan dan pembangunan pasukan bola sepak di Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang menggabungkan pasukan Terengganu dan T-Team musim depan menjadi satu pasukan sebaliknya akan melakukan penjenamaan semula dengan strategi baru.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan melakukan penjenamaan semula terhadap kedua-dua pasukan itu yang berkemungkinan nama pasukan saja akan ditukar tetapi pemain dan pengurusan mungkin orang yang sama.

“Apa yang pasti dua pasukan itu masih wujud lagi tahun depan tapi mereka perlu terima kerana akan ada pasukan utama dan sebaliknya, namun saya tidak boleh umum sama ada Terengganu atau T-Team,” kata Rozi kepada berita harian.

Kredit: Terengganu FA

Beliau berkata, jika diimbau strategi kedua-dua pasukan sebelum ini sepanjang 10 tahun pertama tidak ada kejayaan yang boleh dibanggakan kerana tidak mencapai sasaran.

“Kini sudah tiba masanya kerajaan negeri perlu menyusun semula pasukan berkenaan tapi bukan bermaksud hendak bubar pasukan T-Team begitu juga Terengganu, perkara ini tidak timbul, kami perlu susun strategi lain kerana strategi sekarang tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pasukan walaupun sudah 10 tahun diberi peluang.

“Selain itu sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab, kami mahu melihat pulangan dan hasil terbaik kepada negeri dan rakyat lebih-lebih lagi bajet yang besar dibelanjakan setiap tahun,” jelasnya,

sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/343499/terengganu-t-team-takkan-digabung-rozi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN