Seb Keenan Bermain 170 Musim FM10, Saksi Rooney Bersara Sebagai Pembantu Pengurus

Seb Keenan adalah graduan Kesusasteraan Inggeris – Oxford, berusia 26 tahun. Beliau kini menjadi pemain Football Manager 10 paling lama untuk 1 pusingan pemainan.

Pusingan tersebut beliau mulakan pada 2010 ketika menuntut di Universiti Newcastle. Keenan sudah bermain 170 musim menguruskan kelab yang beliau sayangi, Oxford United.

Sudah 6 kejuaraan UCL dijuarai oleh Oxford United dan 2 stadium telah dinamakan dengan nama beliau kerana pencapaian luar biasa itu. Beliau kini secara kasarnya telah meluangkan 6 bulan daripada hidupnya untuk FM10.

Beliau sudah pernah putus dengan teman wanita beliau sebelum ini, namun masih meneruskan ‘hubungan’ dengan Oxford United di FM10 sejak 2010.

Keenan mengakui yang dia pernah bermain sehingga 7 jam sehari ketika menuntut di Universiti Newcastle.

Beliau berbangga dengan pencapaian yang sudah pun diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness pada September yang lalu. Ianya adalah satu kepuasan peribadi bagi Keenan.

Keenan memberitahu, salah satu sebab dia semakin kurang bermain FM10 sejak berpindah ke London, anda tahu sebab apa? Ya! Sebab dia sudah ada kekasih hati di sana.

“Kami masih belum bersama lagi. Tak perlu saya nak jelaskan sama ada saya akan mengutamakan permainan ini ketika saya ada teman wanita. Lagipun dia tak tahu pun akan kegilaan saya ni.”

Tetapi sekarang, sudah pastinya teman wanita beliau sudah tahu. Keenan sudah mendapat liputan meluas kerana rekod dunia Guinness beliau.

Beliau mengakui permainan FM10 membuatkan beliau sangat ketagih. Beliau sudah bermain 8 tahun untuk 170 musim.

“Saya ketagih! Saya tidur lewat dan adakalanya tidak tidur malam kerana mahu memastikan pasukan saya dalam bentuk (shape) yang terbaik. Fikirkan siapa yang saya mahu beli dan apakah perancangan saya pada musim berikutnya.”

“Saya lebih suka membeli ramai pemain terus pada 1 jendela perpindahan dan kemudiannya merancang untuk beberapa musim akan datang.”

“Sampai satu ketika saya ada pantang larang. Saya perlu menonton perlawanan – perlawanan besar berbanding dengan hanya mendengar ulasan.”

“Ini kerana pasukan saya seringkali bernasib baik jika saya berbuat demikian. Kami akan menang. Sebenarnya, benda itu tak memberikan banyak perbezaan sangat.”

“Pasukan pertama yang saya uruskan ialah Huddersfield. Saya membawa mereka ke EPL dan kemudian menjuarai UCL.”

“Selepas itu, saya luangkan masa 25 musim dengan QPR. Stadium Real Madrid ditukar dengan nama saya sebelum saya meluangkan 30 tahun menguruskan Barcelona.”

“Saya membantu Barcelona menjuarai 5 kejohanan major dan memutuskan untuk membantu pasukan yang saya sayangi, Oxford United yang beraksi di Liga Konferens.”

“20 musim dengan Oxford, saya membantu mereka menjuarai UCL selama 6 musim berturut-turut.”

“Saya masih belum meninggalkan mereka dan akan kekal di sina selagi-lagi saya bermain pusingan permainan tersebut.”

“Saya melihat Wayne Rooney bersara sebagai penolong pengurus di Plymouth Argyle.”

Beliau kini sedang dalam usaha untuk berada di sana bagi musim ke-200. Dan yakin akan melakukannya dalam beberapa bulan lagi.

“Saya sudah berjanji yang ini adalah satu-satunya Football Manager yang saya main. Sekali saya dah memulakannya. Saya tidak akan berhenti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN