Terengganu Cipta Rekod Pasukan Pertama Wujudkan Khidmat Penstriman Dalam Liga Malaysia

Saat setiap pasukan sibuk mempersiapkan barisan pemain baharu untuk diperkenalkan bagi musim ini, Terengganu tampil dengan sesuatu yang berbeza dalam arena bola sepak tempatan.

Terbaharu, Terengganu telah pun melancarkan platform perkhidmatan penstriman percuma untuk para penyokong dan dikenali dengan nama TFC PLAY.

Lebih menarik, Terengganu juga jadi pasukan pertama dalam Malaysia yang melakar sejarah untuk memiliki platform berkenaan dan sudah pun diperkenalkan secara umum menerusi pelancaran rasmi.

Menurut Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, cogan kata yang diperkenalkan sempena pelancaran platform penstriman berkenaan juga dikenali sebagai Ultimate Football Experience.

Antara yang bakal terkandung dalam penstriman tersebut ialah pelbagai kandungan menarik dan eksklusif dimana ianya tidak akn dipaparkan buat mana-mana aplikasi atau platform lain.

Jelas Ab Rasid lagi, perkara tersebut bakal menjadi penanda aras baharu buat Terengganu untuk menyediakan sesuatu yang jelas berbeza untuk para peminat pasukan tersebut musim ini.

“Untuk tahun ini, pelanggan bakal menikmati sekitar 95 video termasuk dokumentari, filem dan diari pasukan.

“Selain itu, pelanggan juga boleh menyaksikan sembilan perlawanan persahabatan TFC dengan pasukan Thailand, Kuala Lumpur City FC dan Kelantan United FC,” katanya menerusi BERNAMA.

Pada masa sama, pihak mereka juga menerusi pengenalan platform tersebut bakal menjana sesuatu yang positif buat dana kelab dan mengelak daripada bergantung kepada kerajaan negeri.

Untuk langganan, penstriman tersebut bakal mengecaj dengan harga serendah RM7 sehingga RM60 setahun, serta menyasarkan 5000 pelanggan akan melanggani platform itu.

“TFC PLAY juga menjadi medium untuk merapatkan lagi hubungan antara kelab dan penyokong. 

“Kewujudannya diharap dapat menaikkan lagi nilai komersial kelab dalam usaha menarik pelabur serta penajaan,” katanya lagi.

Menerusi perkembangan semasa, Terengganu sudah pun melengkapkan sembilan pemain import mereka ketika ini, dan bakal mengadakan latihan pramusim mereka di Thailand tidak lama lagi sebagai medan persiapan.

Sehingga kini, hanya Adisak Kraisorn sahaja masih belum menyertai latihan rasmi bersama Terengganu kerana saingan Piala AFF 2022 masuh berlangsung.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN